Soal Jawab 3 Kupas Dunia Semasa & Selebriti - Berita Hiburan | mStar

Soal Jawab 3 Kupas Dunia Semasa & Selebriti

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hos Soal Jawab di TV3, Datuk Ahmad A. Talib, Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima.
Hos Soal Jawab di TV3, Datuk Ahmad A. Talib, Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima.

SOAL Jawab musim ketiga yang kembali ke udara pada setiap Rabu, jam 11.00 malam mulai 29 September lalu secara langsung dari Studio A, Sri Pentas tampil dengan temubual berlandas berita dan juga selebriti.

Masih dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib, Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Soal Jawab adakalanya turut menampilkan lebih daripada seorang tetamu jemputan berdasarkan tajuk yang dibincangkan.

Episod pertama memaparkan topik “Menyelami Minda Penulis Blog” dengan menjemput tiga orang penulis blog iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz juga dikenali sebagai kickdefella ( penulis blog sosial politik), Datuk Dr. Ridzwan Bakar (penulis blog dan pakar Perubatan dan Kesihatan) dan juga Munirah Hanim Ahmad Jahudi (penulis blog tentang keibubapaan). Secara umum, blog yang dikemaskinikan secara berkala berdasarkan sudut pandang penulis ataupun blogger dari pelbagai bidang dan latar belakang semakin mendapat perhatian dan menjadi suatu fenomena pada zaman sekarang.

Bagi episod kedua pula yang bersiaran pada 6 Oktober lalu, Soal Jawab telah menjemput Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie. Personaliti ini akan berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang tokoh Negara, cara-cara beliau menghadapi kontroversi dan debaran beliau bakal bergelar seorang suami iaitu pada 10 Oktober 2010 Soal Jawab diterbitkan oleh Primeworks Studios. Para penonton juga boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui emel soaljawab@tv3.com.my.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan