Iesya Realisasi 3 Perkara Penting Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iesya tidak sabar menantikan sesuatu yang akan berlaku pada November ini. - Foto oleh RAYMOND OOI
Iesya tidak sabar menantikan sesuatu yang akan berlaku pada November ini. - Foto oleh RAYMOND OOI

SATU demi satu langkah yang diatur oleh pemilik nama Nor Iesyatirradiah Sanny Toh atau lebih dikenali sebagai Iesya, 26.

Bermula dengan bidang lakonan dan pengacaraan, pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 ini semakin memanjangkan langkahnya ke bidang nyanyian.

Bercakap tentang dunia seninya, ada tiga perkara penting yang akan berlaku pada tahun ini. Dia akan merealisasikan perkara tersebut satu per satu. Setakat ini Iesya masih merahsiakan sehingga tiba saat yang dinantikan itu.

Kariernya sebagai penyanyi bermula secara serius bermula hujung 2008. Pada Mac 2009 lalu, dia mengedarkan album single berjudul Semanis Janji yang kini boleh diperdengarkan di corong radio tempatan. Lagu tersebut juga telah memasuki carta di radio Terengganu FM.

Lagu yang ditulis oleh Rina Khan dan gubahan Mansor Mohd itu turut dijadikan lagu tema drama bersiri Semanis Janji di TV1 pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11 pagi.

Perkenalan singkatnya dengan penerbit eksekutif Putri Vision, Suriani Sulaiman semasa menjalani pengambaran SPM membuahkan idea untuk melamar Iesya sebagai artis rakaman syarikat dari Singapura tersebut.

Di bawah label Putri Vision juga, Iesya telah menghasilkan album mini pertamanya yang memuatkan lima buah lagu yang turut mendapat sentuhan komposer Mohariz Yaakub dan Izwan Talhah.

“Semuanya berlaku secara kebetulan dan saya juga mengikut saranan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim iaitu artis baru yang mahu membuat album supaya melakukan pembaharuan seperti gabungan Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

“Misalnya muzik ekstravaganza. Kita boleh rapatkan hubungan diplomatik dengan tiga negara itu dalam satu pentas sebab industri seni juga mampu membina jalinan kerjasama yang baik.

“Selepas beberapa bulan bergelar penyanyi, saya semakin yakin dan tidak sabar menantikan sesuatu yang akan berlaku pada November ini,” katanya yang turut mencipta populariti di Singapura.

Iesya telah disenaraikan sebagai artis paling top dalam majalah Sensasi di Singapura. Bukan itu sahaja, albumnya telah mendapat tempahan awal walaupun belum dilancarkan di negara tersebut.

Gadis berdarah campuran Melayu, Arab, Cina dan Siam ini juga menyanyikan lagu Anak Adam untuk lagu tema sebuah drama di Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan