Bekas Isteri Rai Ulang Tahun ke-70 John Lennon

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAJLIS ulang tahun ke-70 John Lennon sudah bermula dengan menyimpan barang-barang dan karya bekas gitaris The Beatles itu di museum Rock & Roll Hall of Fame di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Barang-barang tersebut berupa cakera padat, buku-buku, dan surat Lennon kepada bekas isteri, Yoko Ono. Kenangan Lennon akan dibiarkan 'terkubur' di muzium itu.

Menurut Contact Music, Sabtu, barang-barang itu akan 'digali'kembali pada 9 Oktober 2040 sempena ulang tahun mendiang Lennon ke-10.

Majlis ulang tahun Lennon akan dilakukan di berbagai tempat, Sabtu. Antaranya, di Central Park, New York City. Di sana ulang tahun Lennon diraikan di lapangan dan filem-filem Lennon turut diputarkan.

Gedung Society For Ethical Culture di Manhattan, New York juga akan menjadi saksi semarak majlis ulang tahun Lennon.

Di sana The Quarrymen, band yang dianggotai oleh Rod Davis (banjo), Len Garry (bass) dan Colin Hanton (drum) itu berkolaborasi dengan Pete Seeger. Pete Seeger adalah salah seorang bekas anggota The Quarrymen yang masih hidup selain Paul McCartney.

Sementara itu, Yoko Ono meraikan ulang tahun bekas suaminya di Islandia, Florida, AS. Di sana Yoko memperingati ulang tahun mendiang suaminya di menara perdamaian.

Yoko juga memberikan ucapan yang dirakamkan dalam sebuah video berdurasi 46 minit di YouTube. Di video tersebut Yoko tetap mengajak masyarakat dunia untuk ikut meraikan ulang tahun Lennon dan tetap menyebarkan perdamaian.

"Saya harap anda akan bergabung dengan saya dan keluarga perdamaian lain di seluruh dunia untuk meraikan hari yang sangat istimewa ini,"

Bukan Yoko sahaja, malah sahabat Lennon, Ringo Starr juga melakukan hal yang sama.

"Selamat ulang tahun, John. Damai dan cinta. Saya sayang dan merindukanmu. Apakah kamu (Lennon) percaya, 70 tahun!" kata Ringo di video berdurasi 13 minit itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan