Saiful Apek Ajak Peminat Bercuti

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek bakal menerbitkan sebuah program televisyen berbentuk percutian di bawah syarikatnya Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd.

Katanya, program yang berjudul Santai Bersama Apek dan Yasin ini bercorak dokumentari yang mana akan membawa peminat-peminat mengabadikan percutian mereka bersama-sama dua selebriti ini.

"Program ini merupakan kerjasama dengan beberapa agensi perlancongan dan ia bertujuan mempromosi tempat-tempat perlancongan di Malaysia dan di luar negara.

"Kami mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai percutian selama dua hari satu malam ini dengan bayaran yang paling minima," ujarnya.

Apek berkata, konsep program tersebut berlainan dari kebiasaan program televisyen yang ada di Malaysia kerana ia lebih mengetengahkan tempat-tempat menarik dan aktiviti kekeluargaan yang lain.

"Kita sudah biasa dengan program-program berbentuk kuiz dan Game show, yang mana ia hanya boleh disertai hanya beberapa orang sahaja.

"Selain sekadar program televisyen, ia juga akan menjadi kenangan kepada mereka selepas pulang nanti," katanya.

Dalam pada itu, menurut Apek, pelbagai pengisian berfaedah yang bakal di isi untuk program tersebut.

"Saya telah merancang pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah bagi mengisi percutian ini. Antara aktivi seperti karaoke, game show, kunjungan tempat menarik dan banyak lagi.

"Setakat ini kami telah mendapat tiga penaja daripada agensi perlancongan dan Insya-Allah kami masih mencari lebih banyak lagi.

Bagi yang berminat menyertainya boleh menghubungi terus Shah di talian 017-6075956.

Lokasi pertama program ini dijangka di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan