Rumah Terbuka Suria FM & Red FM Meriah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan penyampai radio Suria FM dan Red FM beraya sakan dalam majlis rumah terbuka mereka di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, Jumaat.
Barisan penyampai radio Suria FM dan Red FM beraya sakan dalam majlis rumah terbuka mereka di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Lebih 400 selebriti termasuk para jemputan hadir bagi memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri anjuran Stesen Radio Suria FM dan Red FM yang bertempat di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur, Jumaat.

Acara tahunan tersebut bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara juruhebah, pendengar, media dan rakan niaga selain meraikan pencapaian terbaru stesen radio itu.

Ketua Pegawai Penyiaran Yusri Abu Samah berkata majlis ini adalah bagi menghargai rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan SuriaFM dan Red FM.

"Majlis ini merupakan acara tahun kami yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara juruhebah, artis, pendengar, media dan rakan niaga.

"Selain itu ia juga bagi meraikan kejayaan kami dalam peningkatan pendengar terpantas yang diumumkan pada kaji selidik AC Neilson baru-baru ini. Kami juga berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidk dalam usaha ini," katanya.

Katanya, sasaran seterusnya ialah untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen berbahasa Melayu terpopular di Malaysia.

Oleh itu, pelbagai perancangan dan strategi bagi mencapat tahap seterusnya akan dilaksanakan.

"Sudah semestinya apabila sampai pada tahap ini kita mahu capai ke sasaran yang lebih tinggi. Kalau boleh menjadi tiga yang terbaik dan saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil.

"Jika dilihat kepada penyampai yang ada mereka kini juga semakin popular malah setiap segmen di Suria FM mempunyai peningkatan yang agak baik," katanya.

Majlis berkonsep santai ini juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Star, Datin Linda Ngiam, Pengarah Rimakmur Sdn, Nur Jazman Tan Seri Mohamed, dan Pengarang Bersekutu mStar, Rozaid Rahman.

Manakala antara artis yang hadir memeriahkan rumah terbuka tersebut ialah Shila Oiam, Farah Wahida Razali, Rozita Che Wan, Alyah, Dayang Nurfaizah, Black, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan