Sari Yanti Takut Mandikan Anak

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sari Yanti mengakui hidupnya kini berubah dengan kehadiran Barr Al Aliy yang kini sudah pun berusia dua bulan.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari semasa membasarkan Barr Al Aliy dan dia juga berhasrat menjaga bayinya itu sendiri tanpa bantuan daripada pembantu rumah.

"Memang banyak yang berubah sejak kehadiran Barr, saya banyak belajar tentang susah payah menjaga anak. Tapi saya rasa puas bila lakukanya sendiri.

"Saya akan jaga dia sepenuhnya dan jika keadaan memerlukan saya untuk berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga saya sanggup lakukan," ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Siti Nurhaliza, Khamis.

Jelas Sari Yanti, dia tidak akan menyerahkan tanggungjawab menjaga bayinya itu kepada orang luar terutamanya pembantu rumah.

"Buat masa ini saya rasa biarlah saya yang jaga dia. Saya tidak mahu dia mendapat kasih sayang dari orang lain, lagi pula banyak kes-kes pembantu rumah yang tidak boleh dipercayai sekarang.

"Jika keadaan terdesak saya akan minta bantuan keluarga terdekat yang jaga dia, Insya-Allah selagi berupaya saya sendiri akan besarkannya," katanya.

Dalam pada itu, Sari turut bercerita pengalaman sepanjang bergelar ibu, biarpun agak kekok namun dia mengambilnya sebagai salah satu cabaran dalam hidup berumah tangga.

"Saya paling takut untuk mandikan bayi, hingga sekarang saya suruh suami saya yang mandikannya. Tapi yang lain saya yang uruskan.

"Alhamdulilah suami juga banyak membantu dalam menguruskna hal-hal rumah tangga. Malah suami saya lebih cekap menguruskan hal bayi dari saya," katanya.

Sari Yanti yang berkahwin dengan Eddy Casmady Che Hussin pada 2009 lalu juga memberitahu akan memulakan penggambaran pada bulan November ini.

"Selepas berkahwin tentu saya lebih memilih watak terutamanya yang hanya melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Saya rasa selepas ini saya mungkin akan bawa watak lebih dewasa berbanding sebelum ini yang sering memainkan watak remaja belasan tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan