Rita Rudiani Masih Sayangkan Aidil

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita kecewa apabila ada pihak ketiga yang berusaha hendak menghancurkan rumah tangganya.
Rita kecewa apabila ada pihak ketiga yang berusaha hendak menghancurkan rumah tangganya.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,34, mengakui masih sayangkan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, dan tidak pernah berhasrat untuk berpisah.

Rita berkata, masalah yang berlaku dalam rumah tangganya adalah berpunca daripada pihak ketiga yang cuba memecahbelahkan rumah tangga mereka.

Tambah Rita, pihak ketiga itu juga selalu menyebarkan fitnah semata-mata untuk memberi tekanan kepada Rita dan suaminya.

“Saya mempersoalkan di sini apakah motif mereka berbuat demikian? Apakah tujuan mereka ingin menghancurkan kebahagiaan kami,” katanya kepada mStar Online dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini, Sabtu.

Rita diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Sabtu yang melaporkan rumah tangganya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu seperti retak menanti belah.

Laporan itu turut menyebut Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia lebih setahun sejak sekian lama.

Ujar Rita, dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dan tidak pernah berhasrat untuk berpisah seperti yang diheboh orang sejak kebelakangan ini.

“Saya masih sayangkan Aidil dan rumah tangga kami,” katanya.

Mstar Online pada 23 September lalu melaporkan kakak kepada Aidil aitu Ruzie,39, meminta Rita memaafkan keluarga mereka selepas berlaku selisih faham mengenai perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga.

Ruzie turut menafikan keluarganya tidak dapat menerima Rita sebeliknya telah merestui perkahwinan pelakon itu dengan Aidil yang dilakukan secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan