Ahmad Dhani Harus Pertahankan Dewa

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Ratu, Maia Estianty tidak mahu kumpulan Dewa yang dianggotai oleh bekas suaminya, Ahmad Dhani dibubarkan apabila vokalis utamanya Once dikhabarkan bakal meninggalkan dari kumpulan tersebut.

Maia juga menyarankan agar Ahmad Dhani mengambil ahli baru bagi menggantikan Once. Bagaimanapun pengganti tersebut perlulah mereka yang benar-benar mempunyai bakat dalam bidang ini.

"Sayang kalau kumpulan ini dibubarkan begitu sahaja. Dia seharusnya cari pengganti Once. Namun begitu biarlah pengganti tersebut benar-benar layak dan berbakat dalam bidang muzik.

"Kumpulan Dewa sudah ramai pengikut dan nama Dewa sudah terlalu kuat. Mereka juga mempunyai karya-karya yang luar biasa," katanya.

Menurut Maia kekuatan Dewa adalah kepada Ahmad Dhani. Jika vokalis diganti sekalipun ia tetap mampu mempertahankan populariti kumpulan itu.

"Pada saya siapa pun yang bakal menjadi vokalis Dewa itu tiada masalah kerana bagi saya yang menjadi peneraju utama kumpulan ini ialah Ahmad Dhani," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan