"Upin & Ipin" Di Harap Dapat Eratkan Hubungan Malaysia - Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Upin&Ipin bertemu peminat pada rumah terbuka Aidilfitri mereka. Foto The Star AZMAN GHANI
Upin&Ipin bertemu peminat pada rumah terbuka Aidilfitri mereka. Foto The Star AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Populariti siri kartun animasi Upin&Ipin di Indonesia masih lagi kukuh sehinggakan siri kartun ini diminta oleh kedutaan Malaysia di Indonesia untuk menjadi medium bagi menjernihkan hubungan dua negara ini.

Menurut pengarah urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, disebabkan pengaruh animasi ini, mereka diminta membuat satu episod khas bagi membantu merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Baru-baru ini kami telah diminta oleh kedutaan Malaysia di Indonesia bagi membuat satu episod khas yang mampu menjernihkan hubungan antara kedua-dua negara jiran ini.

"Ini adalah berikutan sambutan siri animasi ini mendapat rating yang tinggi iaitu sebanyak 5.5 juta penonton setiap kali ditayangkan. Episod tersebut juga bertujuan menjadi Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) di sana," katanya ketika ditemui di Majlis berbuka puasa Upin&Ipin, Sabtu.

Menurut Burhanuddin mereka kini sedang memikirkan cara terbaik bagi episod khas tersebut dan berkemungkinan akan menggunakan watak kartun animasi popular dari sana.

"Kita masih lagi sedang dalam perancangan untuk mengunakan watak Unyil yang mana merupakan kartun animasi popular Indonesia sedikit masa dahulu, namun kini kartun itu sudah tiada lagi.

"Kami sedang dalam proses meminta kebenaran menggunakan hak cipta dari produksi syarikat kartun tersebut. Insya-Allah kalau sudah dapat kebenaran kami akan mempertemukan Upin&Ipin dengan Unyil dalam satu episod khas tersebut," katanya yang menafikan dakwaan siri kartun tersebut terjejas akibat hubungan dingin Malaysia-Indonesia.

Dalam pada itu, Les'Copaque juga memberi peluang kepada penyanyi kumpulan popular Indonesia, Padi untuk mencipta lagu tema kepada siri animasi ini.

"Disebabkan sambutan mengalakkan di sana kami juga beri peluang kepada kumpulan Padi untuk mencipta lagu tema Upin&Ipin. Lagu tersebut telah pun siap berjudul Sahabat Selamanya.

"Perlancaran lagu baru itu akan dilakukan di Stesen Televisi Pendidikan Indonesia (TPI) Rabu ini dan akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat ini juga," katanya.

Selain itu juga, filem animasi Laksamana Upin & Ipin sedang dalam pembikinan dan dijangka ditayangkan pada tahun 2012.

iklan

Video

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Rabu, 19 November 2014 12:15 AM

Izreen Azminda Mahu Padam Kenangan Lalu

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan