Filem Tiada Kualiti, Fauziah Nawi Teruskan Proses Suntingan

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Fauziah Nawi akan terus menyiapkan suntingan filem Zaiton-Ceritaku biarpun didakwa tidak berkualiti oleh penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi.

Menurut Fauziah dia akan menjalankan tanggungjawab terhadap filem tersebut yang kini dalam proses suntingan akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat ini.

"Dia boleh buat apa sahaja yang dia suka sebab dia penerbit dan keluarkan duit untuk filem ini. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya untuk habiskan proses suntingan terakhir ini.

"Selepas itu saya akan serahkan kepadanya dan terpulang kepada dia untuk buat apa sahaja terhadap filem tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Dalam pada itu, Fauziah turut menafikan dakwaan bahawa dia mengunakan kroni-kroninya untuk terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

"Saya tidak bawa orang-orang saya sahaja untuk terlibat dalam filem ini, terpulang dia nak cakap apa. Saya hanya boleh mengucapkan Alhamdulilah atas apa sahaja yang dia kata kepada saya," ujarnya.

Dalam mStar Online Isnin, Pengarah Urusan Bruang Filem Sdn. Bhd. Burhanuddin Md Radzi, menyatakan kekecewaan terhadap mutu pengarahan Fauziah Nawi dan berhasrat melakukan penggambaran semula keseluruhan filem berkenaan.

Filem itu juga tidak akan ditayangkan kepada umum malah besar kemungkinan terpaksa dilakukan penggambaran semula dengan kos produksi yang baru.

Pemilik animasi Upin & Ipin ini juga mengakui kecewa dengan sikap pengarah dan pelakon-pelakon yang membarisi filem tersebut kerana tidak memberikan komitmen yang terbaik dalam penghasilan filem tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan