Anugerah Golden Award Catat Rating Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anugerah berbahasa Cina berprestij yang julung kalinya di adakan iaitu Golden Awards mendapat sambutan yang baik apabila ia berjaya menjadi sebuah rancangan dalam bahasa Cina yang mendapat rating tinggi.

Menurut Nielsen Media Research, rancangan tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran ntv7 pada Sabtu lalu ditonton kira-kira 724,000 orang menjadikan ia sebuah rancangan hiburan berbahasa Cina paling popular.

Dalam program tersebut sebanyak 19 anugerah telah diberikan kepada mereka yang cemerlang. Ia diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

ntv7 juga turut mendominasi pilihan utama penonton Cina atas permintaan yang semakin tinggi terhadap rancangan dalam bahasa berkenaan.

Penyiaran siri drama tempatan Cina menerusi slot utamanya berjaya menjamin kedudukan stesen itu di hati penonton dengan purata penonton sebanyak 460,000 dan menduduki 40 peratus perkongsian khalayak.

Ia berjaya mengalahkan rancangan Asia dari Hong Kong, Taiwan dan Korea.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan