Shaheizy Sam Teruja Dapat Watak Lelaki IQ Rendah

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENERUSI filem Sekali Lagi… aktor Shaheizy Sam (gambar) berperanan sebagai seorang lelaki berusia 24 tahun yang mempunyai kemahiran berfikir (IQ) pada tahap kanak-kanak berusia lapan tahun.

Tawaran watak itu membuatkan Sam berasa gembira dan teruja kerana ia sememangnya menjadi watak idamannya selama ini.

Selepas sehari membaca skrip filem arahan Hashim Rejab itu, terus Shaheizy Sam menerima tawaran berlakon dalam filem itu.

“Bagi saya, skrip filem ini sangat menarik dan memang saya idamkan,” katanya kepada mStar Online.

Filem ini mengisahkan tentang Arman (Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata dia mengidap penyakit itu.

Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata. Ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya.

Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah.

Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.

Biarpun teruja, Sam tidak menafikan filem itu agak berat kerana merupakan suatu perkara baru dalam lakonannya.

“Saya rasa sukar dari banyak segi kerana setiap perkara baru yang saya lakukan saya akan rasa agak mencabar kerana saya takut tak boleh berfikir seperti apa yang ingini.

“Dari segi persediaan, saya akan banyak habiskan masa dengan anak saudara saya,” ujarnya yang akan membintangi sebuah lagi filem pada November ini selepas selesai penggambaran Sekali Lagi…

Selain itu, dia juga menantikan kemunculan tiga buah filemnya pada tahun ini berjudul Ngangkung pada 25 November ini, Kongsi terbitan Metrowealth (MIG) dan Aku Bukan Tomboi terbitan Skop Production Sdn Bhd.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan