Yusry Tak Mahu Kalah Dengan Edry?

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusry bakal muncul dengan dua filem terbarunya iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan Karak. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Yusry bakal muncul dengan dua filem terbarunya iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan Karak. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

MELIHAT filem Magika, karya pertama adiknya, Edry Abdul Halim menerima pujian ramai membuatkan Yusry Abdul Halim mahukan filem terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) turut menerima nasib yang sama.

Lantaran itu, pengarah filem Cicakman 1 & 2 ini tidak pernah berpuas hati dengan pasca produksi HMM walaupun filem tersebut telah siap 100 peratus.

Katanya, dia akan membaiki dan memperkemaskan mana yang patut dari segi penyuntingan, adunan muzik dan tambahan teknik janaan imej berkomputer (CGI) sehingga seminggu sebelum filem itu ditayangkan pada bulan Februari 2010.

“Genre filem HMM ini berlainan daripada filem yang saya buat sebelum ini dan akan menjadi filem epik pertama dari KRU Studios. Filem ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dan saya berharap semoga ada beberapa penerbit filem lain yang akan membikin filem epik.

“Setiap genre filem ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi filem epik ini, ia tidak boleh lari daripada cerita asal HMM. Jadi, kelebihan filem ini dari segi seni, kostum, latar tempat dan dialog yang dituturkan agar penonton dapat melihat dan merasai seperti berada pada kurun kedua,” katanya kepada mStar Online.

Filem yang mengambil rujukan kisah sejarah HMM itu menggunakan kostum seperti topi dan baju besi serta props yang diimport dari Amerika Syarikat dan China.

Ini kerana filem yang menggunakan latar masa kurun kedua itu berkisar tentang Empayar Rom dan China mengikut buku sejarah hikayat itu.

Menyentuh tentang para pelakon, HMM menggunakan lima pelakon asing iaitu tiga dari United Kingdom manakala masing-masing seorang dari Sweden dan Australia sementara yang selebihnya adalah pelakon tempatan.

Mereka adalah Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanida Imran dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Bercerita lanjut mengenai filem yang menggunakan banyak teknik Computer Generated Imagery (CGI) itu, ia telah menjalani pengambaran dengan menggunakan 90 peratus lokasi di Terengganu seperti Setiu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu termasuk Kuantan, Pahang.

Selain itu, filem itu telah menggunakan empat buah kapal yang diubah suai daripada bot oleh seorang pakar sejarah dalam bidang perkapalan.

Filem HMM dijangka menjadi filem termahal terbitan KRU Studios kerana telah membelanjakan puluhan juta ringgit.

Dalam perkembangan lain, Yusry juga tidak sabar menantikan kemunculan filem seram pertamanya berjudul Karak yang mengisahkan tentang cerita seram dan hantu urban legend yang berlaku di Lebuhraya Karak.

Yusry berkata filem itu juga telah selamat menjalani penggambaran dan dijadualkan berada di pawagam pada bulan Mei atau Jun tahun depan.

Belum pun dua buah filemnya itu ditayangkan, Yusry akan sibuk dengan penggambaran dua buah filem barunya yang bergenre fantasi pada Disember ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan