Iman Corinne Selektif Selepas Peluk Islam

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah tangga Corinne semakin bahagia selepas kelahiran Noah. - Foto ihsan Corinne
Rumah tangga Corinne semakin bahagia selepas kelahiran Noah. - Foto ihsan Corinne

SUATU ketika dahulu, pelakon filem Spinning Gasing ini terkenal dengan keseksiannya menerusi lakonannya. Itu dulu, waktu sebelum memeluk agama Islam.

Kini setelah dua tahun bergelar Muslim, Iman Corinne Adrienne, 32, semakin selektif dengan watak yang dilakonkan.

Biarpun ada yang mengetahui dirinya telah memeluk Islam, namun masih ramai lagi yang tidak putus-putus memberikan komen tentang keseksiannya di laman web Facebook dan menerusi emel sejak dia menetap di Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu.

Hakikatnya, kecil dari sudut hatinya, ibu kepada Noah John Salleh, 1, itu mahu peminat lebih mengingati bakat seninya berbanding keseksian yang ditonjolkan.

“Sekarang, saya nak cari watak yang mencabar dan kuat. Saya tak kisah jika ditawarkan watak seksi asalkan saya tidak perlu memakai pakaian seksi.

“Saya juga menggemari watak wanita berbaju kurung dan bertudung seperti yang saya lakonkan dalam telefilem Nur Rahman. Saya akan pilih watak yang tak pernah dilakukan sebelum ini dan menarik.

“Sebagai wanita yang semakin meningkat usia, saya tidak mahu menjadi contoh yang lebih menonjol dari segi seksi sahaja sebaliknya saya mahu peminat yang muda menyukai bakat lakonan saya,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya tentang kehidupan barunya sebagai mualaf, pelakon drama bersiri Isabella ini akui dirinya selesa dan seronok mendalami agama barunya itu.

Masih belajar untuk mencintai Islam, tidak pernah terlintas langsung perasaan terkongkong setelah menganuti agama Islam.

Katanya, suaminya, Rostam Effandy, 37, dan ibu mertuanya sangat menyokong dan tidak jemu membimbingnya untuk mendekati Allah sejak bernikah dua tahun lalu.

“Apa yang saya nak belajar, ibu mertua saya akan ajar. Selain itu, bapa saudara sebelah suami saya juga ada yang terdiri daripada ulama agama. Jadi apabila saya mengikuti majlis yang mereka anjurkan di Kelantan, saya akan cuba mengikuti cara mereka dengan berpakaian sopan dan menutup aurat.

“Saya menyukai buku tentang Sejarah. Jadi apabila saya membaca buku tentang Sejarah negeri Kelantan, ia sekaligus ada menceritakan tentang agama Islam,” ujarnya.

Sudah bergelar Muslim tidak bermakna Corinne perlu mengelak daripada berjumpa dengan rakan-rakan lamanya yang bukan Muslim.

Malah, dia akui kawan-kawannya itu menghormati dirinya dengan agama barunya itu.

Mereka masih menghabiskan masa bersama dan Corinne tidak merasakan kehidupannya berubah 100 peratus sekelip mata.

“Saya rasa kehidupan saya berubah setelah mempunyai suami dan anak tetapi dari segi sosial dan agama, saya akan buat apa yang patut dan akan meninggalkan perkara yang akan menjatuhkan maruah keluarga.

“Setelah mengenali Islam, saya rasakan agama ini sangat indah. Apa yang kita lakukan, hanya Allah yang layak mengadili kerana Dia yang lebih mengetahui. Saya tidak merasa menyesal dengan pilihan ini kerana saya menerimanya tanpa rasa terpaksa dan sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup ini.

“Jika mahu menjadi seorang yang lebih baik, saya perlu melakukan kebaikan seperti solat dan menolong orang. Biarlah, jika ada orang cakap tentang keburukan saya, berdiam diri lebih baik,” jelasnya lagi yang tidak boleh berenggang dengan anaknya, Noah.

Walau letih sekalipun, dia tetap mahu berjaga daripada tidur demi anak tersayang. Dirinya juga tidak putus memikirkan tentang Noah apabila bekerja di luar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan