Drama The Iron Lady Bolot 5 Anugerah

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik iaitu iaitu Melvin Sia (Romantic Delicacies) dan Yann Yann (The Iron Lady). - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik iaitu iaitu Melvin Sia (Romantic Delicacies) dan Yann Yann (The Iron Lady). - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

PUTRAJAYA: Buat julung kalinya, drama The Iron Lady mencipta sejarah membolot lima anugerah bagi anugerah televisyen berbahasa Cina pertama Malaysia anjuran stesen televisyen NTV7, Golden Awards, yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Sabtu.

Drama tersebut telah berjaya merangkul trofi bagi kategori Drama Terbaik, Drama Paling Popular (menerusi SMS), Lagu Tema Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik iaitu Yann Yann dan Pelakon Wanita Pembantu Terbaik (Shi Fu RU).

Menurut penerbit drama tersebut, Sampson Yuen, dia tidak sangka yang anugerah yang baru pertama kali dianjurkan telah memartabatkan drama tersebut sebagai drama terbaik secara keseluruhan.

"Saya tak pernah sangka yang drama saya ini boleh menang. Apa pun kemenangan ini menunjukkan segala penat lelah kami dari krew sehinggalah ke pelakon-pelakonnya berbaloi.

"Bayangkan, kerja penghasilan drama ini bukan mudah dan ia mengambil masa selama 10 bulan," katanya yang tidak akan membuat sekuel drama tersebut.

Sementara itu, anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Melvin Sia menerusi drama Romantic Delicacies, Pengacara program Hiburan Terbaik (Owen Yap - Deal Or No Deal),Pelakon Wanita Popular (Debbie), Pelakon Lelaki Popular (Melvin Sia), Penyampai Berita Lelaki Popular (Gary Yap), Pengacara Program Realiti Terbaik (Cheryl- Project Superstar), Pelakon Harapan Terbaik (Yise- Gudnight), Pengacara Program Majalah Terbaik (Wei Wei - Finding Angels) Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik (Ernest-Exclusive) dan penyampai Berita Lelaki Terbaik (Owen Yap).

Bagi kategori program Hiburan Terbaik dimenangi oleh program Double Triple Or Nothing, Program Realiti Terbaik (Ultimate Power Group), Program Majalah Terbaik (Finding Angels) dan Program Isu Semasa Terbaik (Siasat Mandarin).

Pemenang bagi setiap kategori telah dinilai oleh juri profesional daripada luar negara iaitu Taiwan dan Singapura.

Setiap pemenang akan diberikan trofi serta wang berjumlah RM5,000.

Pada malam anugerah itu, para hadirin dihiburkan oleh barisan artis antarabangsa dari Hong Kong, Aarif Rahman, bekas pemain violin elektrik kumpulan Shadowfox, Jamii Szmadzinski, hos veteran Singapura, Quan Yi fong dan artis tempatan, Fish Leong, Nicholas Teo dan Jac Wu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan