Ruth Sahanaya Akui Sukar Bertahan

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ruth Sahanaya singgah ke ibu negara bersempena acara MASiF 2010, baru-baru ini. - Foto The Star oelh SAM THAM
Ruth Sahanaya singgah ke ibu negara bersempena acara MASiF 2010, baru-baru ini. - Foto The Star oelh SAM THAM

SELEPAS 25 tahun bergelumang dalam dunia nyanyian, penyanyi popular Indonesia Ruth Sahanaya, 44, mengakui bukan mudah untuk terus bertahan dan mengekalkan popularitinya di persada seni.

Sementelah, revolusi muzik Indonesia yang pantas berkembang dan persaingan sengit di kalangan penyanyi di republik itu bagaikan satu peringatan buat Ruth untuk tidak sekali-kali menarik nafas lega sekalipun sudah mengukir nama sebagai penghibur Indonesia yang disegani.

"Walaupun sudah 25 tahun terbabit dalam bidang nyanyian dan mempunyai kelompok peminat sendiri ia bukan satu jaminan untuk terus berasa selesa dengan karier dan stail muzik yang saya perjuangkan selama ini.

"Sebaliknya, saya perlu peka dengan perkembangan muzik semasa. Untuk terus bertahan dan memikat lebih ramai peminat baru, saya perlu melakukan perubahan pada komposisi dan stail muzik agar seiring dengan trend dan selera peminat hari ini," katanya.

Atas kesedaran itu, Ruth sanggup keluar dari kepompongnya yang sinonim dengan lagu-lagu pop dan balada dengan membawa perubahan pada stail muzik mengikut susunan muzik band demi memenuhi kehendak pasaran hari ini.

Justeru itu, album terbaru yang memuatkan lima lagu iaitu Thankful dihasilkan dengan menampilkan kelainan pada komposisi muzik yang segar, berbeza dan kontemporari.

Meskipun ibu kepada dua anak ini mengakui proses pembikinan album terbaru ini merupakan satu cabaran baru kepadanya yang sudah terbiasa dengan lenggok dan stail lagu-lagu balada dan pop, Ruth menyahut cabaran itu demi menghasilkan muzik baru yang seiring dengan trend hari ini.

"Memandangkan selera pendengar di Indonesia pada hari ini lebih menjurus kepada jenis muzik band, saya juga perlu melakukan percubaan itu pada muzik saya agar seiring dengan selera pendengar terutamanya golongan muda.

"Maka, susunan muzik dalam album terbaru ini digubah seiring dengan muzik semasa di mana komposisi lagu-lagunya adalah lebih bertenaga, rancak dan moden.

"Saya akui ia cabaran besar buat saya kerana selama ini saya cukup senang dengan gaya susunan muzik pop, balada dan elegan tetapi saya cabar diri untuk buat sebaik mungkin," katanya.

Jelas Ruth lagi, untuk album kelima belas ini dia mempertaruhkan single Cinta Ini Takkan Mati ciptaan Jojo dan Hassan yang menampilkan susunan muzik yang rancak ala band seperti lagu-lagu daripada band Kerispatih, Radja dan Wali.

Biarpun perlu melakukan anjakan pada penampilan lagu-lagunya kali ini, Ruth berkata, dia masih mengekalkan stail dan identiti nyanyiannya seperti mana yang dikenali ramai selama ini.

"Untuk kali ini, saya perlu lebih tenaga dan stamina yang tinggi agar dapat bersatu dengan muzik yang rancak seperti muzik band. Sejujurnya, ia bukan proses yang mudah tetapi saya perlu sahut cabaran itu.

"Sekali pun muzik kali ini bersifat lebih moden dan rancak itu tidak bermakna saya menjadi orang lain. Cuma sedikit perubahan pada susunan muzik tanpa mengurangkan sedikit pun identiti dan stail nyanyian saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan