Maizawati Dakwa Waheeda & Akhil Halang Jumpa Anak

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maizawati akan mengambil tindakan jika Waheeda berpelakuan di luar batasan terhadap anak-anaknya.
Maizawati akan mengambil tindakan jika Waheeda berpelakuan di luar batasan terhadap anak-anaknya.

PETALING JAYA: Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu.

Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.

Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.

Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, Mohd Shakir,9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.

Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Waheeda dan Akhil sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhil sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.

"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.

"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar bersiar-siar.

Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka.

"Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya?

"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.

Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya.

"Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.

"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.

"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan