Kelainan "Magika" Berjaya Pikat Hati Penonton

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tunggak utama Magika...Dari kiri: Fimie Don, Mawi dan Diana Danielle. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Tunggak utama Magika...Dari kiri: Fimie Don, Mawi dan Diana Danielle. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

TAYANGAN perdana filem Magika yang mula membuka tirainya Khamis (23 September 2010) berjaya memikat hati ramai penonton termasuk golongan kanak-kanak.

Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.

Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.

Seperti kata pengarah filemnya, Edry Abdul Halim, Magika dihasilkan untuk memperkenalkan watak-watak mitos yang mungkin tidak diketahui secara mendalam oleh kanak-kanak dan sesiapa sahaja selama ini.

“Saya nak bagi penonton mesra dengan watak-watak mitos ini dan sekurang-kurangnya filem ini dapat membantu mereka mengetahui bahawa kita juga mempunyai mitos Melayu seperti mitos Inggeris iaitu Cinderella dan Snow White,” katanya dalam sidang media di Cathay Cineleisure Damansara, Selasa lalu.

Malah Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin yang mewakili Celcom sebagai penaja rasmi filem ini juga yakin dengan kualiti yang ada dalam Magika ditambah pula dengan gandingan pelakon terkenal tanah air, muzik dan elemen janaan imej berkomputer (CGI).

Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

“Cerita Magika sangat unik dan bagus selari dengan cita rasa pengguna Celcom. Kami juga banyak menyediakan program khas kepada pelanggan kami seperti muat turun penghias skrin, lagu dan nada dering dalam filem ini,” ujarnya.

MStar Online sempat menemubual beberapa individu yang berpeluang menonton filem Magika semasa tayangan perdana tersebut di tempat dan hari yang sama.

Aktres Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid, 15, memuji kehebatan filem tersebut yang tidak pernah ditonton sebelum ini.

“Filem Magika sangat best dan kelakar. Selain itu, ia turut menerapkan mesej berguna seperti jangan nakal dan selalu mengikut cakap kakak yang lebih tua,” katanya yang hadir bersama-sama ibu bapa dan kakak-kakaknya.

Sementara itu, kakak ketiga Aryana iaitu Sharifah Aleysha,17, sangat gembira dan terhibur dengan filem tersebut. Sama seperti Aryana, dia turut menganggap filem tersebut lain daripada lain.

“Filem Magika sangat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana ia mengisahkan tentang cerita dongeng Melayu lama.

“Saya bukan hendak bias kerana memuji lakonan kakak sendiri iaitu Sharifah Aleya dan Sharifah Amani tetapi saya memang menggemari watak Bawang Putih Bawang Merah dan Nenek Kebayan.

"Selepas menonton filem ini, apa yang saya belajar adalah jangan nakal-nakal dan sentiasa menjaga sesama adik-beradik,” ujar pelakon filem Muallaf itu.

Peluang bertemu dengan anak sulung Edry iaitu Emil, 10, yang hadir ke majlis tersebut turut digunakan untuk bertanya komen tentang filem arahan pertama bapanya.

Dia mengakui sangat tertarik dengan watak Badang yang sangat kuat dalam filem itu yang dilakonkan oleh Mawi.

“Selepas ini, saya takut untuk bermain di luar semasa waktu senja dan lebih menyayangi adik-beradik saya,” tuturnya sambil tersipu-sipu malu.

Emil turut hadir bersama-sama tiga adiknya yang lain iaitu Edylia, 7, Emery, 3, dan Elya, 3 bulan, dan ibunya, Milia Mohamad, 35.

Turut serta adalah adik-beradik Edry iaitu Norman dan Yusry serta ibu bapa mereka.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan