Badrul Muhayat Lebih Tenang Selepas Ceraikan Julia

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Badrul Muhayat ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kajang bagi pengesahan keputusan perceraian dengan isterinya Julia Daud, Rabu.
Badrul Muhayat ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kajang bagi pengesahan keputusan perceraian dengan isterinya Julia Daud, Rabu.

SELEPAS sah bercerai talak satu dengan isterinya Julia Daud,29, di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Rabu lalu, pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani,42, mengaku lebih tenang dengan kehidupannya sekarang.

Menurut Badrul yang dihubungi mStar Online, Rabu, dia mengakui hatinya semakin lega dengan keputusan perceraian itu selepas melalui fasa kehidupan yang membingungkan sebelum ini.

"Secara jujurnya, saya berasa lega selepas seluruh proses perceraian selesai. Sekurang-kurangnya, semua kekusutan berkenaan cerita rumah tangga saya telah diselesaikan mengikut saluran yang betul.

"Segala hal berkaitan keluarga dan anak-anak telah diselesaikan dengan baik di luar mahkamah. Jadi, kini saya boleh menarik nafas lega kerana satu daripada masalah saya telah dapat diselesaikan," katanya.

Badrul lantas ditanya mengenai perancangannya selepas bergelar duda. Kata pelakon yang membina nama menerusi filem Riang Tirana itu, masalah dan kecelaruan yang berlaku sebelum ini membuatkannnya nekad untuk melakukan penghijrahan dalam hidup.

"Saya merancang untuk melakukan penghijrahan dalam hidup saya selepas ini. Kalau diizinkan, saya ingin memulakan perniagaan baru tetapi perniagaan yang tiada kena-mengena dengan bidang seni atau hiburan.

"Tengoklah nanti, saya tak boleh nak ulas buat masa ini tapi apa yang pasti memang saya hendak memulakan perniagaan baru nanti," katanya sambil meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk berbual panjang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan