TV3 Berjaya Kukuhkan Peratusan Penonton Wanita

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM kemeriahan menyambut bulan Syawal yang penuh istimewa ini, TV3 tidak ketinggalan untuk terus menyajikan siri drama yang menarik menerusi jenama Inspirasi Wanita.

Drama-drama tersebut seperti Tipah Vavavom di slot Senda Pagi; siri hebat dari Filipina, Stairway To Heaven di slot Telenovela; Siti Kelembai di slot Lagenda serta Chinta di slot Akasia.

Empat drama baru yang mengisi slot-slot tersebut membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Wan Sharmila dan Kamal Adli dalam Tipah Vavavom, pelakon handalan dari Filipina iaitu Dingdong Dantes dan Rhian Ramos dalam Stairway To Heaven, gandingan Liyana Shamsudin dan Fizo Omar dalam Siti Kelembai serta pelakon Sensasi Fasha Sandha dan Ady Putra dalam Chinta.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 berjaya mengukuhkan peratusan penonton wanita berumur 15 ke atas dan meningkatkan rating stesen dalam susunan program yang strategik dalam slot-slot program yang sedia ada.

“Kami memberikan kepelbagaian genre drama untuk pilihan para penonton seperti komedi, drama berat yang menyentuh emosi, cerita dongeng dan fantasi juga siri drama hebat di rantau Asia seperti Thailand dan Filipina.

"Selain elemen hiburan, kami juga menekankan aspek keagamaan dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar oleh para penonton,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan