"Magika" Perlu Dirombak Jika Mahu Diangkat Di Pentas Teater - Hans Isaac

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana Danielle dan Mawi merupakan antara tunggak utama dalam filem Magika yang ditayangkan di pawagam mulai 23 September ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Diana Danielle dan Mawi merupakan antara tunggak utama dalam filem Magika yang ditayangkan di pawagam mulai 23 September ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

DISEBABKAN filem Magika merupakan sebuah dilem bercorak muzikal, ramai yang berpendapat filem tersebut harus diangkat ke pentas teater.

Atas sebab itu, penerbit filem tersebut, Norman Abdul Halim meminta pendapat penerbit teater Cuci The Musical 1 & 2 iaitu Hans Isaac sama ada filem Magika layak dipersembahkan di pentas teater ataupun tidak.

Hans yang mengesahkan perkara itu berkata atas alasan itu jua Norman menjemputnya untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut di Cathay Cineleisure Damansara, Selasa.

“Setelah saya menonton filem Magika, saya dapati ceritanya sesuai untuk golongan remaja sedangkan pasaran teater menjurus kepada golongan yang lebih matang.

"Saya beritahu Norman, kalau nak kanak-kanak tonton, memang sukar nak jual tiket dan susah nak dapat pulangan semula.

“Tetapi kalau dia nak buat juga, jalan ceritanya perlu seimbang untuk ditonton oleh orang tua. Apabila filem dibawa ke pentas teater, banyak yang kita kena rombak dan olah semula skrip itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Hans yang sedang sibuk dengan pra-produksi pementasan teater Lat The Kampung Boy itu tidak menafikan Norman turut menawarkannya untuk menerbitkan teater muzikal Magika.

Bagaimanapun, dia belum boleh memberikan apa-apa keputusan sehingga menunggu sambutan filem tersebut di pawagam. Filem arahan Edry Abdul Halim itu ditayangkan di pawagam mulai Khamis, 23 September.

Selain daripada itu, Hans berkata bukan Norman sahaja yang menawarkannya untuk mengadaptasi filem kepada teater malah ada ramai lagi penerbit filem lain yang mahukan perkara yang sama.

“Ada produser yang tidak sanggup dan tidak tahu menerbit teater daripada filem. Mungkin setelah melihat cara saya menerbitkan teater Cuci The Musical membuatkan mereka yakin dengan saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dalam industri yang mempercayai saya. Dalam masa yang sama, mereka juga harus tahu banyak perkara yang telah saya belajar sebelum ini,” tuturnya lagi.

Dalam pada itu, semasa sidang media selepas tayangan perdana filem Magika di tempat dan hari yang sama, Edry membuka peluang kepada mana-mana pihak yang mahu menerbitkan teater muzikal Magika.

“Saya rasa gembira kalau ada pihak yang nak ambil alih untuk mengarah teater muzikal Magika kerana kelebihan saya bukan di situ. Untuk mengarah teater, ia memerlukan pengarah yang lebih arif. Saya juga tak kisah kalau ada pihak yang nak adaptasi filem ini kepada drama bersiri,” kata Edry.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan