Marcell Bahagia Bersama Rima

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI laguHanya Memuji, Marcell Siahaan mengakui sedang melalui saat-saat bahagia bersama isterinya, pelakon Rima Melati Adam.

Menurut Mercell, Rima sering memberi sokongan kepadanya terutama dalam soal kerjaya. Menurutnya, Rima sering menilai dan memberi kritikan terhadap setiap lakonannya.

"Isteri saya adalah penyelia yang paling kejam, dia sering beri komen dan kritikan pada setiap lakonan saya. Dia sangat teliti setiap watak yang saya mainkan sehinggakan jika ada sedikit kesalahan dia akan memarahi saya," katanya seperti dipetik Vivanews.com.

Namun begitu, Marcell menganggap itu merupakan sesuatu yang baik untuk dirinya. Malah dia kini lebih yakin untuk mengambil sebarang watak.

"Saya faham bahawa dia mahu saya jadi lebih baik dalam setiap lakonan saya. Dia mahu saya bawa watak-watak tersebut dengan betul seperti yang dimahukan pengarah," katanya.

Menurut Marcell dia bangga dengan isterinya kerana sangat memahami kerjaya malah mampu memberi sokongan kuat dalam kerjayanya dalam bidang seni Indonesia.

"Biarpun sibuk, saya ada jadual untuk masa bersama keluarga. Saya tidak mahu bekerja sehingga melupakan keluarga," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan