Jennifer Aniston Cemburui Sandra Bullock

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON jelita Hollywood, Jennifer Aniston (gambar) mengakui cemburu terhadap kejayaan rakan seperjuangannya Sandra Bullock yang dilihat lebih berjaya dari dirinya.

Pelakon drama siri Friend ini memberitahu bahawa dia begitu iri hati dengan kerjaya dan kehidupan peribadi Bullock. Dia juga mengakui bintangnya semakin suram sejak bercerai dengan pelakon kacak Brad Pitt lima tahun lalu.

Seperti dipetik The National Enquirer, Jen cemburu dengan kerjaya dan bintang Bullock yang semakin menyinar biarpun berita perselingkuhan suaminya tersebar.

"Sandra buat saya cemburu kerana dia memiliki semua yang saya impikan. Kerjaya yang sempurna dan anak yang comel, saya benci dia," kata Jen kepada sumber tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan