Tunang Katy Perry Obses Kepada Kate Moss

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUNANG penyanyi popular Ketty Perry, Russel Brand mengakui menyimpan perasaan terhadap supermodel terkenal, Kate Moss.

Dia dengan terbuka menceritakan perasaan kagum dan obsesnya terhadap model jelita tersebut dalam buku biografinya berjudul Booky Wook 2.

"Saya memang tergila-gilanya sejak dulu lagi," ujarnya seperti dipetik dari Acershowbiz.

Selain itu, Brand juga berterus terang tertarik kepada kecantikan model bertubuh kurus itu. Mereka juga dikatakan mempunyai hubungan cinta kilat secara diam-diam. Di gosipkan juga pasangan ini sering bertemu secara rahsia.

"Saya punya perasaan obsesi dengannya. Rasanya seperti dia sentiasa menakluk hati dan saya seperti terjatuh ke dalam sumur," ujarnya seperti tertulis dalam buku tersebut.

Bintang filem Get Him To The Greek telah bertunang dengan penyanyi Kety Perry. Dia sedar hubungan realitinya sebenar dengan Ketty bukan dengan Moss. Biarpun begitu Brand tetap memuja Moss.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan