Rozita Che Wan Tolak Publisiti 2011

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAGAKNYA seperti angkuh dan sombong selepas membuat kenyataan enggan menerima publisiti apabila mahu bersara daripada dunia hiburan pada awal tahun 2011. Tidak lama masanya. Hanya ada tiga bulan sahaja lagi untuk dia menempuh tahun itu.

Ini kerana pelakon dan model jelita bernama Rozita Che Wan, 37, menganggap tiada apa yang mampu diceritakan setelah dia tidak berkecimpung dalam dunia lakonan kelak.

Jadi, tidak ada yang perlu disibukkan tentang kisah peribadinya lagi.

Yang pasti tutur Rozita, keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonannya datang dari hatinya yang ikhlas. Ia bukan cerita dongeng yang sengaja dicipta untuk meraih sensasi.

Ia juga bukan sebuah ceritera kosong tetapi keputusan yang nekad walaupun ketika ini namanya berada di kemuncak populariti.

“Ya... saya tidak berbohong. Saya memang mahu bersara daripada dunia seni,” ujarnya memulakan bicara.

Mengikut perkiraannya, dia akan menamatkan penggambaran terakhirnya pada 19 Disember tahun ini. Selepas itu, Rozita akan membawa haluan dalam bidang perniagaan pakaian wanita dan bulu mata palsu setelah bergelumang dengan dunia seni selama empat tahun lamanya.

Ketika temu bual berlangsung di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Ramadan lalu, ibu kepada dua anak lelaki ini lebih banyak merahsiakan perkara yang akan berlaku pada masa hadapannya termasuklah soal berkaitan perkahwinannya.

“Kalau nak ambil tahu tentang saya, masa sekarang ini sahaja yang boleh dikongsi.

Saya rasa tak perlulah saya beritahu tentang bisnes dan perkahwinan kerana semuanya akan berlaku setelah saya meninggalkan dunia artis.

“Pada tahun depan, tak payahlah rasanya pihak media mencari saya lagi sebabnya saya sudah bersara sebagai artis. Lagi pun tiada lagi cerita sensasi tentang saya.

Saya sendiri yang buat keputusan ini sebab saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya tidak mendapat publisiti lagi. Mungkin kalau ada orang yang nak jumpa saya, pada majlis-majlis tertentu yang melibatkan bisnes,” katanya.

Biarpun nadanya seakan-akan merajuk dan pada mulanya wanita itu berkeras tidak mahu mengulas panjang tentang perancangan masa akan datang, namun akhirnya dia berlembut hati setelah dipujuk berkali-kali.

Menyentuh tentang perniagaan, pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu menggunakan wang simpanannya sepanjang bekerja dalam dunia seni sebagai modal perniagaan.

Memandangkan dia tidak membuka perniagaan besar seperti bisnes import dan eksport, sebab itu dia tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya perniagaan.

Sengaja mengalih perhatiannya daripada bercakap tentang karier, dia yang memegang status ibu tunggal itu akui sedang menunggu masa untuk disatukan dengan pasangannya. Setakat ini, Rozita sedang mengenali seorang lelaki bujang dan tiga tahun lebih muda daripadanya.

Namun siapalah dia hendak menetapkan tarikh perkahwinan yang sehingga kini menjadi persoalan di kalangan peminatnya. “Tentang soal jodoh, saya serahkan semuanya kepada Tuhan. Tengoklah bagaimana nanti kerana masing-masing belum mempunyai apa-apa perancangan tentang perkahwinan,” ujar Rozita yang telah menjanda selama tujuh tahun.

Beraya dengan ‘S’

Rancak berbual tentang bisnes dan perkahwinan, kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu lebih teruja untuk berbicara tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun ketika ini umat Islam sudah lebih seminggu beraya, namun apa yang membuatkan dia teruja menyambut lebaran pada tahun ini disebabkan wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuklah kemunculannya dalam 4 Madu yang ditayangkan pada Hari Raya pertama lalu.

Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madu, Aduhai Makmur, Tu Dia Kiah Nak Raya, Lawaknya Fantasia Raya, Goyang Shafiq dan Masihkah Ada Sinar.

“Pada Hari Raya pertama, saya berada di Alor Setar sehingga Hari Raya ketiga sebab sehari selepas itu saya dan keluarga bercuti di Pulau Pinang. Saya ingat tidak mahu membuat rumah terbuka lagi pada Hari Raya tahun ini sebab pada tahun lepas saya rasa macam nak tercabut lutut sebab kena berdiri lama-lama melayan peminat.

“Lagipun, ramai adik-adik saya yang telah berumah tangga beraya di rumah mertua masing-masing. Memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya bersama si dia, jadi dia turut bertandang ke rumah keluarga saya di Alor Setar,” katanya yang hanya menamakan lelaki itu sebagai ‘S’.

Dalam seronok bercakap tentang Raya, sebenarnya dia memendam perasaan sayu apabila mengenangkan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, kerana mereka mengikut giliran beraya dengan bekas suaminya.

Biarpun begitu, Hari Raya tetap diraikan bersama ibunda tercinta, Bedah Saad, 57, dan ahli keluarga yang lain. Yang pasti, dia dan ibu saling tolong-menolong menyediakan juadah seperti Nasi Tomato dan Laksa Kedah.

Sepanjang bercuti sehingga pertengahan September ini, Rozita menghabiskan masa dengan mengunjungi sanak-saudara dan jiran tetangganya di Alor Setar dan Kuala Lumpur. Mulai esok, dia mahu menumpukan sepenuhnya kepada Aniq yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Solekan AMY JANZ (012-2763600) Pakaian RIZMAN RUZAINI (017-4766004)

* Mingguan mStar diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Kelang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan