Mizz Nina Hasil Jenama Pakaian

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERING membuat kemunculan semula menerusi lagu What You Waiting For, Sharinaz Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina juga tampil dengan label pakaian tersendiri iaitu Mizz Nina.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini bakal melakukan kolaborasi dengan pereka fesyen muda tanah air Amir Luqman dalam mempromosikan lagi label tersebut.

Menurut Mizz Nina koleksi pakaian mereka bakal dipasarkan di butik Label Ti, Kuala Lumpur City Center (KLCC), awal November ini.

“Label Mizz Nina akan bergabung dengan Silver Label daripada Amir Luqman dan akan di suai padankan mengikut cita rasa pelanggan. Koleksi pakaian kami boleh didapati di butik Label Ti di KLCC iaitu kepunyaan kakak saya, Salina Azman.

“Bermula dengan pertunjukan fesyen di Music, Art and Style International Festival (MASiF) 2010 di Pavillion pada Sabtu lalu, kami akan memperkenalkan koleksi-koleksi gabungan pakaian saya dan Amir yang akan dipasarkan pada November ini," katanya seperti dipetik Mingguan mStar Ahad.

Menurut Mizz Nina, pemilihan Amir Luqman dalam memperkenalkan aliran fesyennya adalah kerana cita rasa dan rekaan tersendiri pereka fesyen muda itu bersesuaian dengan koleksi pakaiannya.

Malah menurutnya, Amir merupakan salah seorang pereka fesyen yang boleh pergi lebih jauh pada masa hadapan.

“Kami berjumpa dan berbincang tentang perkara ini sejak Februari lalu dan telah bersetuju untuk saling bekerjasama dan membantu mempromosikan label pakaian kami.

“Saya akan bertindak sebagai jurucakap kepada produk itu. Insya-Allah jika sambutan menggalakkan kami akan melihat peluang-peluang di luar negara pula,” ujarnya yang turut memasarkan pelbagai jenis kasut dan aksesori di bawah label Mizz Nina.

Tak Pernah Beraya Di Luar Negara

Bercerita tentang pengalaman menyambut Hari Raya, anak perempuan Tan Sri Azman Hashim ini juga mengakui tidak pernah menyambut Hari raya di luar negara biarpun lebih empat tahun menetap bersendirian di Australia kerana menuntut ilmu di negara itu.

Baginya hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Menurut Mizz Nina sambutan Hari Raya Aidilfitri di perantauan tidak seperti di Malaysia. Malah, dia sanggup menghabiskan banyak wang untuk pulang beraya di Kuala Lumpur.

“Sejak berada di luar negara saya tidak pernah sekalipun beraya bersendirian dan jauh dari keluarga. Setiap tahun saya akan pastikan dapat bercuti dari segala aktiviti pelajaran dan balik ke Malaysia.

“Rasa janggal pula jika beraya sendiri tanpa keluarga. Kehangatan ketika menjelang raya tidak langsung dirasai di sana. Namun begitu ada juga rakan-rakan yang tak dapat pulang dan beraya di sana,” jelas anak jati Kuala Lumpur ini.

Bagaimanapun jauh di sudut hati, wanita berpersonaliti urban ini untuk meraikan Hari Raya di kampung.

“Saya dilahirkan di Kampung Baru, arwah datuk dan nenek saya juga orang Kampung Baru, jadi setiap kali beraya kami akan beraya di sini sahaja. “Bagi saya yang penting dapat meraikan bersama ahli keluarga. Sebab itu saya berusaha untuk balik juga ke Malaysia setiap kali Hari Raya,” katanya menceritakan kisah silamnya itu.

Rapat Dengan Ibu Noh

Mizz Nina yang digosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh memberitahu tidak bersedia untuk mengikut penyanyi itu balik ke Miri, Sarawak. Namun begitu dia mengakui rapat dengan keluarga “teman tapi mesranya” itu terutamanya ibu kepada Noh.

“Belum tiba masanya saya ikut dia pulang menyambut Hari Raya bersama. Nanti tak manis pula kerana kami hanya sekadar teman rapat sahaja.

“Tapi saya pernah bertemu dengan keluarga Noh ketika mereka datang ke Semenanjung untuk bercuti. Ibu dia juga baik dengan saya dan sering juga bertanya khabar,” katanya yang baru keluar dengan single kedua duet bersama Noh berjudul Kurnia.

* Mingguan mStar diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Kelang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan