Farid Kamil Mengaku Jarang Jawab Panggilan Telefon

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal, Farid Kamil mengakui terlalu sibuk dengan urusan kerja membuatkannya sukar untuk dihubungi.

Dia yang baru-baru ini menafikan mempunyai masalah disiplin dengan pihak Astro memberitahu, sebarang urusan berkaitan kerjaya perlu menghubungi pihak pengurusan Metrowealth terlebih dahulu.

"Tidak sukar jika mengikut cara yang betul. Ya, saya jarang angkat telefon sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Jika mahu berhubung biasanya perlu melalui pihak pengurusan saya dahulu.

"Saya memang betul-betul sibuk dan tidak henti-henti menjalani penggambaran. Selain aktiviti lakonan, saya sibuk dengan penerbitan dan pengarahan di bawah Metrowealth. Saya sibuk sampaikan masa untuk diri sendiri pun tiada," katanya.

Menurut Farid, dia lebih selesa jika bertemu ketika di majlis-majlis yang dihadirinya berbanding dihubungi melalui telefon bimbit.

"Jika mahu perkembangan tentang saya boleh menghantar email kepada pengurusan dan mereka akan emailkan kepada saya. Isya-Allah saya akan balas," katanya.

Farid yang sebelum ini menafikan masalah displin apabila tidak hadir program sitkom terbitan Astro juga telah membuat kenyataan bahawa perkara tersebut sekadar salah faham.

"Kejadian tersebut sudah lepas dan tiada apa-apa tindakan yang diambil sebab ia hanyalah salah faham pihak-pihak bawahan.

"Malah sebelum ini sepanjang saya bergelar pelakon belum pernah ada sebarang laporan tentang masalah disiplin saya," ujarnya kecewa dengan beberapa pihak yang mempersoalkan masalah disiplinnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan