Ana Raffali Tidak Mahu Seperti "Perigi Mencari Timba"

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang terkenal dengan imej berbaju kurung, Ana Raffali mengaku mempunyai seseorang yang istimewa dalam hatinya.

Namun begitu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan sebuah hubungan cinta dengan lelaki tersebut secara serius.

Menurut gadis berusia 23 tahun ini hubungannya dan lelaki tersebut hanya sebagai sahabat baik. Mereka sudah lama berkawan rapat namun tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing.

"Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seseorang. Saya anggap dia sebagai seorang lelaki istimewa di hati saya. Tapi hubungan kami hanya sebagai sahabat baik.

"Kami tidak pernah bercerita tentang topik cinta. Saya takut untuk menaruh harapan sebab tidak mahu merosakkan persahabatan ini," ujarnya yang kelihatan malu-malu.

Tambah Ana, biarpun dia mempunyai sedikit perasaan kepada lelaki tersebut namun sebagai perempuan dia tidak mahu dikatakan seperti pergi mencari timba.

"Saya lebih suka berkawan dengan dia. Secara jujur memang saya mempunyai perasaan kepadanya tapi malu untuk meluahkannya. Saya tak mahu dikatakan perigi mencari timba," katanya.

Ana juga mengakui single terbarunya berjudul Tolong Ingatkan Aku merupakan lagu yang ditulis berdasarkan cerita sebanar tentang dirinya.

"Lagu tersebut memang tentang hidup saya dan dia. Dia banyak beri semangat dan dorongan kepada saya untuk berkarya," katanya.

Dalam pada itu, ketika artis-artis sealiran dengannya sibuk mengembangkan bakat ke luar negara, Ana lebih berpendirian untuk mengembangkan dulu industri muzik di Malaysia.

"Setiap artis mempunyai cita-cita mereka sendiri. Saya belum terfikir untuk ke luar negara. Kalau boleh saya mahu naikan industri muzik kita dahulu.

"Penghargaan terbesar pada pemuzik adalah dihargai oleh peminat-peminatnya. Bagi saya buat apa untuk ke luar negara jika di sini masih lagi goyah," ujarnya yang dalam perancangan mangadakan Showcase dalam masa terdekat ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan