Zizan Nin Rancang Bulan Madu Selepas Muzikal Tun Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan sedang mempertimbangkan sama ada ingin ke Maldives atau Bali untuk berbulan madu.
Zizan sedang mempertimbangkan sama ada ingin ke Maldives atau Bali untuk berbulan madu.

AKTOR Zizan Nin menyuarakan hasrat untuk mengambil cuti panjang selepas pementasan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) itu berakhir bagi menghabiskan masa bersama isterinya Fazilah Hani Harun, 30.

Menurut Zizan yang ditemui baru-baru ini, sejak mendirikan rumah tangga dengan wartawan penyiaran ntv7 itu Mac lalu, dia jarang dapat meluangkan waktu yang panjang bersama isterinya ekoran kesibukannya dengan pelbagai tawaran lakonan.

"Sejak saya berkahwin, saya sedar tidak banyak meluangkan waktu yang berkualiti bersama isteri. Saya kasihan kerana terpaksa kerap meninggalkan isteri kerana kerja.

"Maklumlah tuntutan kerja saya dan isteri memang tidak menentu waktunya. Jika saya cuti, dia bekerja dan begitu jugalah sebaliknya.

"Kalau ada waktu terluang pun kami akan menghabiskan waktu dengan membeli barangan rumah dan keperluan dapur bersama-sama. Itu sahaja waktu terbaik untuk kami bersama," katanya.

Justeru itu, aktor berusia 37 tahun itu merancang untuk bercuti panjang dan sekaligus berbulan madu bersama isterinya seminggu selepas pementasan teater arahan Rosminah Tahir itu berakhir pada Oktober depan.

"Sebenarnya sudah lama kami merancang untuk pergi bercuti cuma tiada waktu yang sesuai. Selepas berbincang dengan isteri, insya-Allah kami akan pergi bercuti sekitar Oktober depan.

"Destinasi percutian yang bermain di fikiran kami adalah di antara Maldives atau Bali. Cuma, kemungkinan besar kami akan ke Bali. Apa pun, kena tengoklah macam mana nanti. Kami masih belum putuskan lagi," katanya.

Diusik mengenai anak, Zizan mengakui mereka memang tidak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri, namun sehingga hari ini masih belum ada rezeki.

"Saya dan isteri memang mahukan anak dan tidak sabar-sabar untuk timang anak sendiri tapi kami masih belum ada rezeki. Kalau boleh, saya memang mahukan anak yang ramai," katanya yang menyangkal dakwaan kononnya mereka mempraktikkan perancangan keluarga.

Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan