Ibu Michael Jackson Kemuka Tuntutan Terhadap Promoter Konsert

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ibu dan bapa Michael Jackson, Katherine Jackson dan Joe Jackson meninggalkan mahkamah di Los Angeles selepas mengemukakan tuntutan terhadap sebuah syarikat promoter berhubung kematian anak mereka.
Ibu dan bapa Michael Jackson, Katherine Jackson dan Joe Jackson meninggalkan mahkamah di Los Angeles selepas mengemukakan tuntutan terhadap sebuah syarikat promoter berhubung kematian anak mereka.

LOS ANGELES:Ibu penyanyi pop Michael Jaskson mengemukakan tuntutan terhadap AEG iaitu promoter rangkaian konsert penyanyi itu yang dijadualkan di London pada 2009 kerana mendakwa pihak tersebut menyalahkan kematian anaknya kerana melakukan latihan untuk konsert berkenaan.

Katherine Jackson mengemukakan tuntutan di Makamah Tjnggi Los Angeles terhadap individu-individu terbabit.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak menyatakan berapakah jumlahnya.

Dalam tuntutan itu, AEG dikatakan bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat oleh Dr. Conrad Murray. Doktor tersebut mengaku tidak bersalah terhadap kematian Jackson.

Ibu penyanyi pop itu menuduh kumpulan AEG tidak memberikan anaknya rawatan perubatan yang tepat semasa latihan selain bersikap lalai dalam membiarkan Murray untuk merawat secara eksklusif anaknya itu.

Selain itu, salah seorang anak Jackson iaitu Michael Jr telah menyaksikan penderitaan ayahnya sehingga menyebabkan dia menjadi trauma dan penderitaan emosional yang amat berat.

Seorang jurucakap AEG, Michael Roth, mengatakan syarikat tersebut tidak pernah melihat tuntutan yang dikemukakan Katherine dan tidak mempunyai apa-apa komen.

Hakim Michael Pastor telah menetapkan Januari 2011 untuk bersidang bagi mempertimbangkan apakah ada bukti yang cukup bagi mensabitkan Dr. Murray terhadap kematian penyanyi itu.

Doktor berusia 57 tahun yang bersama Jackson ketika dia meninggal dunia pada 25 Jun 2009 itu dihadapkan ke mahkamah pada bulan Februari lalu atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kematian penyanyi tersebut.

Dia telah dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak AS$75,000 (RM232,500).

Para pegawai memutuskan bahawa Jackson meninggal dunia setelah disuntik dengan sejenis ubat penenang dan ubat penghilang rasa sakit, termasuk “propofol”, yang biasanya diberikan oleh Murray secara teratur bagi membantu Jackson tidur.

Kematian Jackson menyebabkan kejutan kepada peminatnya seluruh dunia termasuk ada yang marah selepas mengetahui bahawa lelaki yang digelar Raja Pop diberikan campuran ubat berbahaya sebelum kematiannya.

Murray, yang lahir di Grenada dan dibesarkan di Trinidad sebelum berpindah ke Amerika Syarikat telah membantah tuduhan terhadap dirinya selepas penyiasatan selama tujuh bulan melibatkan penyelidik tempatan dan persekutuan.

Mahkamah yang bersidang pada Jun lalu menolak permintaan Lembaga Perubatan California daripada melarang Murray untuk meneruskan tugasnya sebagai seorang doktor sehingga tuduhan terhadapnya selesai.

Hakim mengatakan mahkamah lain sudah melarang Murray dari menyuntik pesakit dengan ubat penenang yang kuat, termasuk “propofol”.

Doktor berkenaan yang merupakan orang terakhir melihat Jackson hidup, telah mengaku memberi ubat untuk penyanyi itu membantu dia tidur dalam tempoh tertentu sebelum kematiannya.

Murray berhadapan dengan empat tahun penjara jika terbukti bersalah.

Ayah Jackson iaitu Joe Jackson, telah mengemukakan tuntutan berasingan terhadap Murray. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan