Asyraf Takut Ditawar Hos "Soal Asyraf"

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS lebih sebulan bergelar juara Imam Muda, banyak perancangan yang diaturkan oleh pihak Astro Oasis termasuk yang terbaru menawarkan Asyraf, 26, mengendalikan program sendiri berjudul Soal Asyraf.

Program 13 episod itu bakal disiarkan mulai 26 Oktober ini di Astro Oasis (saluran 106).

Menurut pengarahnya, Muhamad Adlan Shaharir, 28, program tersebut berkonsepkan perbincangan soalan agama yang relevan dengan pemuda-pemudi berkaitan dengan dunia teknologi canggih zaman sekarang.

Misalnya seperti boleh atau tidak membayar zakat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sah atau tidak penceraian suami isteri melalui Yahoo Messenger serta adakah Facebook relevan digunakan untuk berdakwah.

Selain itu, soalan-soalan umum seperti puasa dan pengurusan jenazah juga akan dikupas dalam program ini.

Bagi Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, apabila mendapat tahu tentang tawaran tersebut, terus timbul perasaan takut sekiranya gagal melunaskan tanggungjawab seperti yang diinginkan selaras dengan kredibilitinya sebagai imam muda.

“Setakat ini, saya belum mendapat apa-apa hitam putih tentang program itu cuma baru mendapat tahu tentangnya menerusi Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar. Saya perlu membuat persediaan dari segi pengisian program kerana program ini melibatkan soal jawab tentang agama.

“Saya nak tahu apakah persoalan yang ditanya untuk setiap episod. Takut juga kalau tak boleh kendalikan tetapi dalam masa yang sama saya turut rasa teruja kerana ia merupakan perkara baru buat saya.

“Saya rasa program soal jawab ini lebih sukar sedikit berbanding mengendalikan program bual bicara kerana saya perlu memberikan jawapan berlandaskan hukum agama.

"Selain itu, saya perlu pastikan kualiti dan ketepatan jawapan yang diberikan agar tidak menjadi pertikaian semua pihak,” katanya mengenai program yang akan ditonton oleh semua rakyat Malaysia termasuk Brunei itu.

Kata Adlan yang pernah mengarah program Imam Muda sebelum ini, soalan-soalan tersebut akan dibincangkan oleh panel-panel Astro Oasis, Asyraf sendiri dan imam muda lain.

Penggambaran Soal Asyraf akan bermula pada minggu pertama Oktober ini di Studio 4, Astro, Bukit Jalil. Menariknya, studio itu akan menggunakan konsep teknologi tinggi seperti teknik green screen dan janaan imej berkomputer (CGI).

“Kita juga akan menampilkan temubual teleconference melibatkan Asyraf dengan imam muda lain dan tokoh agama.

"Disebabkan kita tidak mengundang penonton dalam program ini, jadi kita akan cuba melakukan penggambaran di luar dengan meminta penonton bertanyakan apa-apa soalan berkaitan agama kepada Asyraf.

“Kami yakin Asyraf mampu menarik pemuda-pemudi untuk menonton program ini kerana dia mempunyai kelebihan dari segi percakapannya. Jadi, kita akan gunakan bakatnya itu dan teknologi yang kita ada untuk menarik penonton,” beritahu Adlan.

Selain Asyraf, beberapa bekas peserta Imam Muda lain seperti Hizbur dan Nuri akan muncul dengan program Musafir berkonsepkan travelog masjid-masjid bersejarah di Nusantara, Aran dan Azhar bakal ke Mekah dan Madinah untuk mengendalikan program Khabar Haji yang disiarkan langsung sempena musim haji manakala Taufek akan mengendalikan program gameshow berkonsepkan keluarga Islam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan