Ariel Tulis Pesanan Untuk Peminat Dari Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPENA majlis ulang tahunnya ke-29, Khamis, penyanyi Indonesia, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 29, menulis surat khas buat peminat tersayang.

Ini kerana ratusan peminatnya tidak dibenarkan bertemu dengan penyanyi itu di penjara.

Detikhot.com melaporkan lapan orang peminatnya yang digelar sebagai 'Sahabat Peterpan' mencuba masuk ke penjara di Jl Trunojoyo, Jakarta Selatan namun gagal berbuat demikian.

Tidak lama selepas itu salah seorang petugas di penjara itu menyerahkan kertas putih yang mengandungi kata-kata Ariel untuk peminatnya.

Surat tersebut berbunyi: "Sahabat semua, terima kasih banyak sudah bersusah payah datang kesini, saya sangat menghargai ini. Mohon maaf tidak bisa ketemu, karena belum dalam situasinya yang memungkinkan, kalian semua memang luar biasa. Terima kasih doanya."

Kekasih kepada Luna Maya itu tidak ketinggalan menandatangani surat itu beserta dengan tarikhnya.

Ibu dan bapa Ariel, Luna dan Cut Tari serta wakil dari Musica Studios, label yang menaungi Peterpan, turut hadir meraikan Ariel.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan