Penelope Cruz Hamil Hampir 5 Bulan Setelah Kahwin Julai Lalu - Berita Hiburan | mStar

Penelope Cruz Hamil Hampir 5 Bulan Setelah Kahwin Julai Lalu

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Penelope Cruz (gambar) yang menafikan kehamilannya ketika berkahwin senyap-senyap dengan aktor Javier Bardem (gambar) pada Julai lalu itu disahkan hamil hampir lima bulan.

Awal Julai lalu, kedua-duanya berkahwin secara sederhana di kediaman sahabatnya di Kepulauan Bahama. Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan keluarga terdekat. Selama tiga tahun menjalin kasih, kedua-duanya tidak pernah mendedahkan kisah peribadi mereka untuk publik.

"Penelope Cruz kini hamil empat bulan setengah," ujar jurucakap bintang filem itu menurut Press Association, Rabu.

Meskipun sedang hamil, bintang filem Vanilla Sky itu tidak mengurangkan aktivitinya. Dia tetap menjalani penggambaran filem terbarunya, Pirates of theCaribbean: On Stranger Tides.

Bekas kekasih Tom Cruise itu mengenali Javier ketika sama-sama membintangi filem Jamon, Jamon pada 1992. Penelope dan Javier kembali bertemu dalam filem arahan Woody Allen, Vicky Christina Barcelona.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan