MASIF 2010: Rini AF7 Peraga Kaftan

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Rini (gambar) akan mengambil bahagian dalam Festival Antarabangsa Music, Seni dan Gaya 2010 (MASiF) 2010 akan berlangsung selama lima hari bermula 15 September ini di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Rini atau nama sebenarnya, Zuzafrini Zulkifli berkata, dia tidak akan menyanyi tetapi melakukan catwalk sambil memperagakan fesyen kaftan rekaan Arif Syukor.

Dia akan memperagakan baju yang longgar dan labuh dalam pertunjukan fesyen tersebut.

"Saya memang suka menggayakan fesyen sambil bertudung," katanya kepada mStar Online.

MASiF 2010 akan mengenengahkan acara kesenian terbesar yang merangkumi muzik, fesyen dan seni halus sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Festival gilang-gemilang itu bakal menjadi platform bagi menghimpunkan bukan sahaja penyanyi dan penggiat muzik malah pereka fesyen dan model serta beberapa cabang seni halus lain termasuk lukisan dan arca.

Sementara itu, Rini memberitahu, dia bakal mengeluarkan single kedua, Penipu ciptaan 6ixth Sense selepas Hari Raya ini.

Dia akan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert Ma'jazz'tic di Sungai Wang, Bukit Bintang, malam 18 September ini.

"Saya juga akan menyanyikan lagu Hari Raya yang dijazzkan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan