Keluarga Bob Marley 'Gigit Jari' Tak Dapat Royalti

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH Bob Marley (gambar) mati 29 tahun lalu, pihak keluarganya memperjuangkan hak cipta karya pemuzik reggae itu. Namun perjuangan itu berakhir setelah mereka tidak mendapat sesen pun atas beberapa karya Marley.

Difahamkan, isteri dan anak-anak Marley mendakwa syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) telah mengeksploitasi karya Marley.

Keluarga Marley juga mendakwa UMG tidak terbuka dalam hal pemberian royalti. Misalnya royalti lagu karya Marley untuk nada dering telefon bimbit. Lantas, pihak keluarganya membawa kes tersebut ke Mahkamah New York.

Pihak keluarga memperjuangkan lima album Marley dari tahun 1973 sehingga 1977 yang diterbitkan oleh Islan Records. Selama ini keluarga Marley mengaku telah kerugian jutaan dolar kerana tidak mendapatkan royalti yang sepatutnya.

Menurut BBC, Rabu, pihak Hakim Mahkamah New York Denise Cote, memutuskan hak cipta kelima album Marley jatuh ke tangan UMG.

Antara lima album tersebut adalah Catch a Fire, Burnin, Natty Dread, Rastaman Vibrations, dan Exodus. Dalam album tersebut terdapat lagu tersohor seperti I Shot the Sheriff, One Love, dan No Woman, No Cry.

Bob Marley atau nama sebenarnya Robert Nesta Marley dilahirkan di Jamaica pada 1945. Pemilik album reggae terlaris sepanjang masa itu mati pada tahun 1981 di Amerika Syarikat kerana kanser.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan