Serina Berasa Seronok Lahirkan Anak

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Wan menimang cucu sulungnya. - Foto Ihsan CHEF WAN
Chef Wan menimang cucu sulungnya. - Foto Ihsan CHEF WAN

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah ibu, pengalaman melahirkan anak adalah menakutkan dan menyakitkan.

Lain pula dengan pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kilogram dan beketinggian 51 cm pada 6.13 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin.

Menurut Serina, pengalaman melahirkan Tristan Tareef O'luanaigh lebih awal tiga minggu adalah menyeronokkan.

Katanya, nama bayi itu dalam bahasa Arab bermaksud 'lain dari yang lain'.

"Selalunya orang kata bersalin itu sakit, menakutkan dan macam-macam lagi. Bagi saya, bersalin adalah satu pengorbanan oleh seorang ibu.

"Bila kita dah melahirkan anak, barulah kita merasakan diri kita seorang wanita yang sejati," katanya kepada mStar Online.

Serina yang merupakan anak perempuan Chef Wan berkata, pengalaman bersalin amat menginsafkannya betapa ibu ialah insan yang mulia dan penyayang.

"Kita akan rasakan betapa kuasa Tuhan itu boleh menghidupkan nyawa. Bila kita tengok anak kita, kita rasa insaf dan sedar betapa hebatnya kuasa

Tuhan," katanya yang menolak permintaan jurugambar untuk bergambar ketika tempoh berpantang.

Malah Serina berkata pengalaman bersalinnya turut mencetuskan satu keajaiban kerana dia boleh berjalan selepas sejam bersalin.

Dia menyifatkannya sebagai satu rahmat kerana proses bersalinnya adalah senang dan dia turut pulih segera selepas itu.

"Ini kerana mungkin saya aktif semasa mengandung dengan membuat kuih raya dan berniaga," jelasnya.

Serina memberitahu dia akan berpantang di rumah ayahnya selama 44 hari.

Sementara itu, suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, berkata, dia teruja menimang cahaya mata dan langsung tidak sangka anaknya dilahirkan tiga minggu lebih awal.

Katanya, doktor menjangkakan bayi itu dilahirkan pada awal Oktober.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan