Othoe & Lotter Nikmati Makanan Pelik Di Sabah

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lotter (kiri) dan Othoe wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap tahun di Sabah. - Foto oleh RAYMOND OOI
Lotter (kiri) dan Othoe wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap tahun di Sabah. - Foto oleh RAYMOND OOI

WALAUPUN mereka berdua menganut agama Kristian, perayaan Aidilfitri pasti tidak akan di lupakan oleh dua penyampai Suria FM iaitu Andrew Impongan (Othoe), 35, dan Lotter P Edwin Edin (Lotter), 28.

Kunjung-mengunjung ke rumah jiran tetangga memang sudah menjadi kewajipan mereka apabila tiba Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

Bagi mereka, peluang menikmati juadah Hari Raya popular di Sabah seperti kuih Panjaram, Makmur, ketupat dan lemang tidak harus dilepaskan.

Bagi Othoe yang merupakan suku kaum Dusun, jika berkunjung ke rumah terbuka jiran tetangga di kampung halamannya di Kampung Tagas, Tuaran, dia pasti turut menjamah makanan tradisional Sabah yang dihidangkan.

“Di Sabah, masyarakatnya menghidangkan pelbagai makanan tradisional yang mungkin tiada di Semenanjung seperti inava, tuhau, jeruk bambangan, ulat sagu goreng, ambuyat dan basungan.

“Kita juga menyediakan menu biasa dan mudah diperolehi di Semenanjung seperti ikan keli goreng, asam pedas, wajik dan rendang. Tetapi rendang kami berasa manis dan lemak.

“Sesetengah daripada menu-menu ini turut disediakan sewaktu kami menyambut perayaan lain seperti Hari Krismas dan Hari Kaamatan,” katanya Othoe yang selesa menggayakan baju Melayu dan jeans sewaktu Hari Raya.

Sementara Lotter yang berasal dari Membakut, Sabah turut mengambil peluang beraya sebagai penyampai Suria FM buat pertama kalinya.

Walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap mengambil peluang bercuti sehingga Hari Raya Ketiga.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menyertai Suria FM sejak Julai lalu dan mengendalikan segmen Suria Pagi Kinabalu yang dipancarkan menerusi frekuensi FM 105.9 untuk pendengar di Sabah bersama-sama Othoe pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan