Erra Tempah 9 Pasang Baju Kurung Untuk Aleesya

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK bergelar ibu, pelakon Erra Fazira (gambar) mengakui keutamaannya dalam membuat persiapan Raya tertumpu kepada puterinya Engku Aleesya, satu tahun enam bulan.

Menurut Erra, pada Raya kali ini jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk anaknya itu adalah lebih besar berbanding untuk dirinya sendiri.

Memandangkan Aleesya sudah semakin membesar, Erra tidak kisah berbelanja lebih untuk puterinya itu. Pada Raya kali ini, Erra telah menyiapkan sembilan pasang baju kurung untuk Aleesya berbanding hanya lima pasang untuk dirinya sendiri.

"Tahun ini, saya memang berbelanja lebih untuk Aleesya. Awal-awal lagi saya sudah siapkan semua baju untuk kami. Saya siapkan sembilan pasang baju kurung untuk Aleesya manakala saya hanya tempah lima pasang saja.

"Selain baju kurung, saya juga sudah siapkan beberapa pasang pakaian kasual dan moden untuknya. Bila sudah jadi ibu, keutamaan pada anak itu akan datang secara semulajadi. Saya tak kisah pun berbelanja lebih sikit untuk Aleesya, asalkan dia nampak cantik di Hari Raya ini," luah Erra.

Erra dan keluarga yang menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur hanya akan bercuti untuk beberapa hari saja. Selepas cuti Raya, pelakon jelita ini bakal sibuk semula dengan sesi latihan Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 24 September ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan