Norman-Memey Jangka Bernikah Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman dan Memey. - Foto Ihsan MEMEY
Norman dan Memey. - Foto Ihsan MEMEY

PETALING JAYA: Aktres Memey Suhaiza Suhaimi, menjangkakan dia dan tunangnya, Mohd Norhakim Zaidon (Norman Hakim), 34, bakal melangsungkan pernikahan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Memey memasang impian itu selepas mereka bertunang di rumah keluarganya di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, pada Isnin lalu.

"Seelok-eloknya saya berharap pernikahan kami dipercepatkan tetapi bukan pada tahun ini. Lagipun, tarikh perkahwinan belum dibincangkan lagi.

"Sepatutnya kami berbincang dengan ahli-ahli keluarga pada majlis pertunangan itu tetapi kedatangan tetamu yang terlampau ramai menyebabkan kami menangguhkan perbincangan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Memey yang mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail menerima sebentuk cincin pertunangan daripada Norman dalam satu majlis ringkas yang diadakan petang itu.

Norman hadir memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar jean dan bersongkok.

Dalam majlis pertunangan tersebut, ibu Norman sendiri, Kamariah Kamal menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian pada jari manis Memey.

Memey turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya kasut, beg tangan, baju dan buah-buahan.

Manakala Norman menerima tujuh dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung, set wangian untuk lelaki, coklat dan buah-buahan.

Menurut Memey, dia bersyukur dan lega kerana majlis pertunangan itu berjalan dengan lancar.

Dia menyifatkan pertunangan itu merintis satu permulaan ke arah perkahwinan dengan Norman kelak.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan