Kuswadinata & Farhan Kongsi Pengalaman Syawal

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farhan dan Kuswadinata berkongsi tentang Hari Raya dulu dan sekarang. - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Farhan dan Kuswadinata berkongsi tentang Hari Raya dulu dan sekarang. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

KEHADIRAN Lebaran diraikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Suasana ceria menyelubungi jiwa tambahan lagi kepada anak-anak kecil yang seronok mengunjungi dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya.

Mstar Online kali ini cuba berkongsi pendapat mengenai Hari Raya antara dua artis muda dan veteran terkenal iaitu penyanyi Farhan atau Nur Farhan Azizan, 26, dan pelakon Kuswadinata,72.

Kuswadinata akui Hari Raya pada zaman sekarang tidak sama seperti zaman dulu. Biarpun dunia telah menjangkaui zaman global, namun masyarakat sekarang tidak mampu menandingi kehebatan masyarakat dulu beraya.

“Kalau dulu, kita buat pelita sendiri menggunakan tin susu dan tali guni. Saya juga main mercun dan meriam buluh, tapi saya lihat budak-budak sekarang ini makin menjadi-jadi. Keseronokan bermain mercun itu telah disalah gunakan,” kata pelakon yang masih aktif berlakon ini.

Baru-baru ini, dia muncul menerusi sebuah telefilem di TV3 berjudul Ar-Rayyan. Jadi tidak hairanlah bakat lakonannya masih diminati ramai sehingga sekarang.

Ini terbukti dengan lakonannya menerusi beberapa buah filem iaitu Kala Malam Bulan Mengambang, 2 Alam dan Jalang.

Kesempatan bertemu dengan idolanya itu membuatkan Farhan diselubungi perasaan teruja. Dia turut bersetuju dengan pendapat Kuswadinata yang digelarnya Pak Kus itu tentang penyalahgunaan mercun di kalangan masyarakat sekarang.

“Budak-budak sekarang suka mengubah suai dan bereksperimen dengan mercun. Walaupun ramai yang menerima kesan buruk akibat mercun seperti ada kanak-kanak hilang jari, tetapi ramai lagi yang kurang sedar tentang perkara ini,” ulasnya.

Biarpun banyak perkara yang berubah, namun kedua-duanya tidak pernah lupa untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak-saudara di kampung halaman.

Bercerita tentang Hari Raya, Kuswadinata meraikannya di Teluk Intan, Perak manakala Farhan di Batu Pahat, Johor dan Singapura.

Aktiviti Raya Kuswadinata agak ringkas kerana selepas mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama sembilan orang anak, 14 cucu dan seorang cicitnya.

Bagi Farhan pula, dia sekeluarga sekadar menyambut Hari Lebaran ini secara sederhana memandangkan neneknya telah meninggal dunia. Yang penting baginya adalah dapat menziarahi sanak saudara.

Dalam perkembangan lain, Farhan akan mengeluarkan single terbarunya serta produk kecantikan dan kesihatan pada tahun depan atau akhir tahun ini. Pada bulan puasa lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini berniaga biskut Raya jenama Farhan Cookies.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan