Azizul Khamis Sedih Kekecohan Dalam Karyawan

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizul Khamis aktif dalam perniagaan Ads4Bucks yang menjual ruangan iklan dalam talian. - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Azizul Khamis aktif dalam perniagaan Ads4Bucks yang menjual ruangan iklan dalam talian. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

KEKECOHAN yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan (Karyawan) yang dfi adakan di Perbadanan Filem Nasional (Finas) pada 29 Ogos lalu menarik perhatian ramai pihak.

Bagi salah seorang ahli persatuan tersebut, Datuk Azizul Khamis, dia turut menumpang rasa kasihan dan sedih dengan nasib yang berlaku dalam Karyawan disebabkan perebutan kuasa.

“Mana yang baik, itu yang saya sokong. Saya sedih apabila terdapat sesetengah orang yang suka menuding jari tanpa usul periksa. Kita pun bukannya sempurna. Sebaik-baiknya, kita perlu berbincang.

“Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada AGM nanti,” katanya yang menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) pada Februari 2008.

Bercerita tentang karier Azizul sekarang ini, dia sibuk dengan perniagaan menjual ruangan iklan dalam talian bernama Ads4Bucks yang diuruskan G.I.A.B (Genius In A Box) sejak hampir dua tahun lalu.

Yang menyeronokkan, hasil daripada perniagaan tersebut, Azizul dapat membina sebuah rumah. Sasarannya selepas ini adalah untuk bergelar jutawan pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti,” katanya yang bertindak selaku jurulatih dan ketua di bawah rangkaian perniagaannya.

Sesiapa yang berminat, boleh menyertai perniagaan ini dengan melayari www.ads4buck.com dan dikenakan bayaran RM420 seumur hidup.

Menurut Azizul, perniagaan ini bukan sahaja berkembang di Malaysia dengan mengumpul hampir 80,000 orang, malah turut disertai oleh rakyat Indonesia, India, Filipina, Thailand, Singapura, Brunei, Laos, China, Afrika Selatan, Sri Langka dan Amerika Syarikat.

Mereka yang berminat juga boleh berhubung dengan Azizul menerusi emel azizulkaya@gmail.com atau laman sosial Facebook Azizul Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan