Remy Ishak Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 13 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Remy (kiri) dan Umie Aida mendendangkan lagu semasa majlis pelancaran Dam Dam Dum Raya di One Utama, baru-baru ini. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Remy (kiri) dan Umie Aida mendendangkan lagu semasa majlis pelancaran Dam Dam Dum Raya di One Utama, baru-baru ini. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

SELEPAS terlibat dalam bidang lakonan, pelakon Remy Ishak mengasah bakat nyanyian dalam drama Air Mata Nur Salina yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Kesembilan, 19 September, 10.00 malam.

Menurutnya, dia menyanyi dalam drama tersebut kerana pengarah drama berkenaan, Erma Fatima meminta dia berbuat demikian.

"Semua orang boleh menyanyi dan saya menganggap ia macam menyanyi karaoke sahaja," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berhasrat menjadi seorang penyanyi kerana minatnya pada bidang lakonan.

Bercerita tentang drama tersebut, Remy memberitahu, dia menjadi seorang lelaki muda yang berkahwin dengan Salina (lakonan Umie Aida) yang ketika itu sedikit berusia.

Katanya, mereka mendapat tentangan keluarga tetapi secara keseluruhannya ia berkisar kepada percintaan.

"Sampai satu keadaan nanti, ia akan jadi lebih tragis. Kalau nak tahu lebih, kena tonton pada Hari Raya kesembilan. Dan saya pasti drama itu memang sesuatu yang luar biasa," katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan semasanya, Remy berkata, dia baru habis menjalani penggambaran telefilem Sabar pada malam Hari Raya di saluran TV3.

Menurutnya, dia memegang watak pembantu dan bukan watak utama seperti pada kebiasaan.

Katanya, dia tidak kisah memegang watak kameo sebagai Mat Bangla kerana berpendapat ini dapat memperkayakan pengalaman lakonannya.

Selepas Hari Raya, Remy akan berlatih untuk teater Natrah yang akan dipersembahkan pada November atau Disember ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan