Winnie K Tidak Bermusuh Dengan Taufik Hidayat

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

BIARPUN kisah percintaan mereka tidak berakhir di jinjang pelamin, penyanyi tempatan, Winnie K (gambar) dan pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat tetap berkawan baik sehingga hari ini.

"Walaupun telah berpisah sekian lama, saya dan Taufik masih berkawan baik. Orang ramai beranggapan perhubungan kami akan terputus sebaik sahaja dia berkahwin.

"Ini tidak berlaku kerana kami masih berkahwin baik, jauh sekali bermusuhan," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, media pernah mengaitkan pelantun lagu Kau Ada Di Mana dengan ahli sukan dari Indonesia itu.

Malah gambar Winnie dan Taufik pernah dicetak dan disiarkan dalam sebuah artikel.

"Saya dan Taufik cuma ketawa membaca laporan gosip ketika itu," katanya yang masih membujang sehingga hari ini.

Barangkali jodoh belum kesampaian, Winnie tidak cepat melatah dengan nasib badannya. Dia kini lebih memberi fokus kepada kerjayanya berbanding kehidupan persendiriannya.

Winnie yang mengeluarkan album berbahasa Cina pertama berjudul Close to Me pada April lalu berkata, dia sedang sibuk mempromosikan album mini iti terbitan Warner Music.

Winnie bercadang untuk membawa diri melancong ke Indonesia sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, Winnie K merancang untuk mengeluarkan album berbahasa Melayu keduanya pada tahun depan.

Ini adalah ekoran sambutan menggalakkan yang diterima untuk album Melayu pertamanya, Kau Ada Di Mana.

"Tahun ini, saya fokus kepada album mini berbahasa Cina berjudul Close to Me. Saya merasakan album Melayu pertama saya mendapat maklum balas yang baik. Jadi saya mempunyai keyakinan untuk membuat album kedua nanti," katanya.

"Ada komposer dari Indonesia termasuk band Ungu, sudah berjanji mencipta lagu untuk saya," katanya yang banyak membuat promosi dan muncul di kaca televisyen sewaktu promosi Kau Ada Di Mana di Indonesia.

Jelas Winnie, dia menjalinkan kerjasama dengan Ungu kerana mereka sama-sama datang dari label yang sama iaitu Warner Music.

Sementara itu, Winnie memberitahu, dia sibuk membuat kerja-kerja amal. Misalnya dia terlibat dalam projek kumpulkan dana untuk membantu sebuah sekolah di Sabah pada 21 Ogos lalu.

Baru-baru ini, dia turut menjayakan program Selebriti Red Ribbon yang diadakan di Penang bersama selebriti lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan pengacara Owen Yap.

"Saya berasa aktiviti sebegini sangat bermakna. Ini kerana usaha kami dapat menyedarkan orang ramai tentang penyakit ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan