Waheeda Berdakwah Melalui Internet

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Waheeda bahagia di samping suaminya, Akhil Hayy.
Waheeda bahagia di samping suaminya, Akhil Hayy.

WALAUPUN sudah tidak aktif dalam industri seni, Waheeda cuba melibatkan diri secara serius dalam bidang dakwah. Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Wassini ini menggunakan blognya, www.reasonwiththem.blogspot.com sebagai medium untuk berdakwah sejak Jun lalu.

Menurut isteri kepada pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy ini, dia menekankan perbandingan antara agama Kristian dan Islam dengan menjadikan al-Quran dan Injil sebagai rujukan.

“Saya suka tekankan kepada masyarakat Islam itu sendiri sebab pada pandangan saya, masyarakat Islam di Malaysia ini hanya ada pada nama. Apa yang saya katakan bukan sekadar cakap kosong sahaja sebaliknya saya banyak membuat kajian dengan meneliti dan memahami maksud-maksud dalam al-Quran.

“Saya merupakan peminat kepada penceramah dan penulis terkenal dunia Ahmed Hussein Deedat sejak berusia 12 tahun dan beliau menjadi aspirasi untuk saya bergelar seorang pendakwah.

“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan beliau adalah keberaniannya berdebat dengan mubaligh Kristian. Oleh sebab itu, saya banyak membuat kajian tentang hijab dan banyak lagi. Saya juga cuba menjawab tentang beberapa isu semasa yang berlaku sekarang ini seperti isu pembuangan anak, menghina puasa dan menutup aurat,” katanya kepada mStar Online.

Dakwahnya turut disasarkan kepada orang bukan Islam yang berminat untuk mengenali agama Islam. Bukan sahaja dengan orang luar, malah Waheeda juga sentiasa berdebat dengan suaminya tentang agama kerana Allah.

Selain itu, dia yang kini selesa mengenakan purdah juga menurunkan ilmu kepada anak-anak Akhil yang tinggal bersama dengannya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Syarif Idayatullah, 12, untuk sentiasa mendalami setiap pengertian dalam al-Quran.

“Kita perlu sentiasa mencari ilmu dengan memahami kitab, sunnah dan al-Quran. Ini kerana di akhir zaman, agama Islam yang akan menguasai segala-galanya,” jelasnya lagi.

Sambil berdakwah, Waheeda juga mencari pendapatan dengan menjual abaya secara dalam talian di arum-abaya.blogspot.com. Abaya yang dibekalkan dari Dubai, Syria dan Bahrain itu dijual pada harga antara RM150 hingga RM300.

Bercerita tentang Raya, Waheeda beraya bersama-sama suami dan keluarga di kampungnya, Johor Baru pada Hari Raya Pertama dan pulang ke kampung Akhil di Gopeng, Perak pada Hari Raya Ketiga.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan