Norish Karman Temui Kekasih Baru

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS beberapa bulan bercerai, pelakon Norish Karman (gambar) mengakui dia sudah mempunyai kekasih baru.

"Saya mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Bagaimanapun, saya fokus pada karier saya," katanya kepada MStar Online.

Norish berkata, hatinya terpaut pada lelaki bukan artis yang enggan didedahkan identitinya.

Menurut Norish hubungan lelaki itu dengan anak-anaknya adalah baik dan ini sedikit-sebanyak mendorongnya untuk menerima lelaki terbabit.

"Yang penting mereka ada hubungan rapat dan kami saling menyayangi. Barulah percintaan ini boleh berhasil," katanya jujur.

Hasil perkongsian hidup Norish dan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, selama 12 tahun, mereka dikurniakan tiga anak - Haqiem Armany, 11; Hardy Amieran, 7, dan Putri Hanyz Amanda, 6.

Ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati apabila bercinta kembali, Norish menjelaskan, dia tak perlu hendak mencurigai manusia lain kerana masalah perceraiannya.

Katanya, apa yang telah berlaku dulu mempunyai sebabnya.

"Manusia datang berbeza-beza. Kita tidak boleh melabel orang kerana apa yang berlaku dulu. Apa yang penting orang baru yang saya kenal ini boleh sayang anak-anak saya dan boleh mencintai serta memahami saya sepenuh jiwa," katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya tahun ini, Norish berkata mereka sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur kerana isu hadanah belum lagi selesai.

Ekoran itu, katanya, dia tidak boleh membuat pasport anak-anak. Menurutnya, ibu bapa dan sanak saudara dari Singapura akan datang ke ibu kota untuk melawatnya.

Kes tuntutan hak jagaan kekal tiga orang anak yang dikemukakan oleh Norish terhadap bekas suaminya, Hashimuddin akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mulai 25 Oktober ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan