Noniswara Sebak Sambut Raya Tanpa Ibu

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN mereka akrab bukan hanya sebagai ibu dan anak malah juga sebagai kawan yang boleh berbincang dan berkongsi pelbagai cerita.

Lantas, Datin Noniswara Baharudin (gambar) tidak mampu membayangkan perasaannya tatkala menyambut Hari Raya Aidilfitri ini tanpa kehadiran ibu tercinta, Noor Inim Ahmad yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 12 Ogos lalu.

Perasaan sebak pastinya menyelubungi hati aktres berusia 40 tahun ini. Dia masih teringat lagi bagamana mereka akan menyambut Hari Raya bersama-sama pada setiap tahun.

Cuma dia sedikit ralat apabila tidak menyambut Hari Raya dengan arwah ibunya pada tahun lalu kerana mengikut suami, Datuk Rosman Ridzwan menyambut Hari Raya bersama-sama keluarganya di Singapura.

“Semasa Hari Raya pada tahun-tahun sebelum ini, arwah mak selalu mengikut saya menghadiri majlis rumah terbuka di rumah rakan selebriti seperti Rubiah Suparman.

“Dari kecil hingga besar, saya tak pernah melepaskan peluang untuk beraya dengan mak kerana saya merupakan anak sulung daripada lima beradik. Lagipun, beza umur saya dengan adik-adik agak jauh dalam enam hingga tujuh tahun. Jadi, sebab itu saya sangat rapat dengan mak.

“Apabila menjelang Hari Raya, kami berdua akan menyiapkan juadah bersama-sama. Dia memang pandai memasak lebih-lebih lagi pernah bekerja sebagai chef undangan. Walaupun saya tak pandai sepertinya, tetapi saya boleh memasak setelah melihat cara dia memasak,” katanya dalam nada tenang.

Noniswara akui masakan sendiri tidak akan sama seperti air tangan ibu. Sudah tentu dia akan merindui masakan ibu apabila tiba Hari Raya.

“Tahun ini, saya, suami dan anak-anak akan beraya di Kuala Lumpur,” katanya yang beraya dengan suami buat kali kedua setelah mereka bernikah pada Ogos tahun lalu.

Noniswara juga beraya tanpa bapanya, Baharudin Yunus setelah arwah meninggal ketika dalam tidur pada tiga tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, dia sedang menunggu tawaran lakonan asalkan kena pada skrip dan masanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan