Mungkinkah Hubungan Ellie Suriati & Erma Akan Jernih?

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA beberapa tahun lalu, hubungan Ellie Suriati (gambar) dan Erma Fatima bagaikan adik-beradik. Tapi lain pula yang berlaku sejak pementasan teater Antara pada tahun ini. Hubungan kedua-duanya semakin renggang dan tiada lagi panggilan mesra antara kakak dan adik ini. Mungkinkah hubungan mereka akan kembali jernih pada Hari Raya yang mulia ini? Biar apa pun yang berlaku selepas ini, jika ada kata-kata maaf yang terbit daripada Erma, biarlah ia sebuah keikhlasan Jika ditanya kepada Ellie sama ada mereka akan berbaik semula selepas ini, dia sendiri tiada jawapannya sebaliknya meletakkan biarkan sahaja perkara ini berlalu.

“Apa yang berlaku, ini yang terbaik untuk saya. Pengalaman ini harus dilalui. Setiap tindakan yang dilakukan haruslah benar-benar ikhlas. Jadi, saya rasa lebih baik sibukkan hal sendiri," katanya.

Bercerita tentang Hari Raya pula, Ellie yang sudah berkeluarga meraikan Hari Raya bersama-sama di rumah mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur selain mengunjungi rumah ibunya di Petaling Jaya.

Apabila sudah dewasa dan bergelar seorang ibu, pastinya pelakon drama bersiri Syurga Ramadan ini merindui saat beraya sebagai kanak-kanak.

Semasa alam kanak-kanaknya, perayaan ini dilalui penuh meriah lebih-lebih lagi saat pulang ke kampung ibunya di Perak.

“Bila balik kampung, mesti seronok tetapi sekarang hidup saya semakin berubah. Kalau dulu, saya hanya mengikut ke mana orang tua saya bawa saya beraya tetapi kini saya dan suami yang perlu bawa anak-anak," ujar isteri kepada aktor Azri Iskandar ini.

Bagaimanapun, tradisi membuat ketupat, rendang dan kuih-muih masih lagi kekal dalam budaya keluarga Ellie tanpa mengira usia. Yang tua dan muda saling bergandingan dan tolong-menolong bagi mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan