Linda Onn Aktif Dengan Kelab Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

PENYAMPAI radio SuriaFM, Linda Onn (gambar) mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya menerusi kelab peminatnya, L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) yang baru ditubuhkan pada awal tahun ini.

Linda berkata, ahli-ahli jawatankuasa L.O.O.K, dari semasa ke semasa, sentiasa cuba mengadakan perjumpaan bersama peminat pada setiap bulan.

"Kalau saya mempunyai masa lapang, maka termakbullah hasrat mereka mengadakan aktiviti-aktiviti bersama saya," katanya kepada MStar Online.

Linda mengakui dia aktif menemui peminat-peminatnya melalui aktiviti menarik serta perjumpaan yang diadakan.

Antaranya, majlis berbuka puasa bermain boling, mengadakan lawatan ke rumah anak yatim menjemput pemenang peraduan ke rumah serta menganjurkan parti Hawaiian Nite.

Daripada coretan pada blog http://linda-onn.blogspot.com, Linda berkongsi perasaan terujanya selepas mengadakan lawatan amal ke Rumah Amal Nur - Zaharah di Janda Baik pada hari Sabtu 27 Februari 2010.

Berhubung dengan perkembangan seninya, Linda berkata, dia akan tampil dalam drama arahan Mawi berjudul Pak Nil.. Mak Kirim Salam.

Pada malam Hari Raya lalu, dia menjadi hos rancangan Sampaikan Raya sebelum balik ke Johor.

"Letih memang letih tetapi ia adalah normal bagi saya kerana kerja perlu didahulukan," katanya yang merupakan duta minuman kolagen NH Cola Plus.

Mengenai keistimewaan Hari Raya tahun ini, Linda secara berseloroh berkata, dia mungkin perlu memberikan lebih banyak duit raya kerana mempunyai anak saudara.

Diusik tentang jodohnya pula, dia mengakui dia masih solo lagi.

"Cakap terus-terang. Linda solo, free and easy now. Linda masih menjalani kehidupan macam biasa. Tak ada apa-apa," katanya sambil tersenyum.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan