Eira Syazira Teringatkan Nenek

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eira Syazira dan Azad Jasmin
Eira Syazira dan Azad Jasmin

PELAKON Cinta Balkis, Eira Syazira, 26, menyambut Hari Raya kali ini tanpa seorang nenek yang pernah menjaganya sejak dari kecil.

Pemergian nenek tersayang lima bulan lalu menjadikan perayaan kali ini disambut secara sederhana sahaja.

Menurut Eira, perasaan sedih pasti menyelubungi pagi raya tanpa seorang nenek yang telah dianggap seperti ibunya sendiri.

"Semasa kecil saya dijaga oleh nenek sehingga umur saya meningkat remaja. Selepas saya dijaga semula oleh ibu, nenek juga ikut tinggal bersama kami sekeluarga.

"Kebiasaannya setiap kali menyambut Hari Raya dia yang paling sibuk untuk memanggil pakcik dan makcik balik beraya di kampung. Dia juga pandai masak lauk pauk untuk juadah raya," katanya.

Tambah Eira lagi, disebabkan pemergian neneknya, Hari Raya tahun ini mereka sekeluarga tidak balik beraya di kampung mereka di Kelantan.

"Tahun ini saya beraya di Putrajaya sahaja, lagi pun raya ke enam saya dah mulakan penggambaran drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani di Kelantan. Justeru itu saya ambil kesempatan itu untuk terus beraya di kampung.

"Memang banyak perbezaannya beraya di kampung dan di Kuala Lumpur. Semangat beraya di bandar kurang berbanding di kampung," katanya.

Kata Eira yang digosipkan dengan pelakon Azad Jasmin, kali ini dia tiada sebarang perancangan untuk beraya di rumah orang teristimewa kecuali rakan-rakan terdekat sahaja.

"Saya belum ada kekasih, Azad hanya rakan baik saya. Kami rapat sebab sering digandingkan bersama namun belum lagi sampai ke tahap bercinta.

"Tapi tidak dinafikan dia lelaki yang paling rapat dengan saya kini. Namun begitu saya tidak ada perancangan untuk beraya di rumah dia, mungkin sekadar rumah rakan-rakan terdekat di sekitar Kuala Lumpur sahaja," katanya.

Berkenaan juadah raya, Eira memberitahu dia terlalu gemar biskut yang diperbuat dari coklat.

"Setiap kali raya saya akan cari biskut coklat. Biasanya saya sendiri akan beli biskut-biskut tersebut dengan kadar yang banyak agar tidak terputus bekalan sepanjang Hari Raya.

"Sebabnya saya sendiri yang akan makan dan habiskan biskut-biskut tersebut," ujarnya sambil tertawa.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan