Ziela Jalil Selepas Tiga Tahun Tanpa Suami

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ziela Jalil beraya bersama-sama anak-anaknya di Kuala Lumpur dan Teluk Intan, Perak. - Foto oleh AZMAN GHANI
Ziela Jalil beraya bersama-sama anak-anaknya di Kuala Lumpur dan Teluk Intan, Perak. - Foto oleh AZMAN GHANI

MASUK tahun ini, sudah tiga tahun penerbit Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil, 40, beraya tanpa suami.

Selepas Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob meninggal dunia pada 24 Januari 2008, Ziela akui semakin kuat dengan sokongan dua orang anaknya iaitu Puteri Julia Nabilah, 18, dan Megat Jufri Nasrullah, 16.

Malah dia semakin tabah untuk untuk membela kedua-dua anaknya itu. Dengan rezeki yang dikurniakan Allah, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil bagaikan terpanggil untuk menggunakan segala kudrat yang ada tanpa mengenal erti bergantung harap kepada orang lain.

Begitu juga dengan Hari Raya yang diraikan pada tahun ini, baginya cukuplah sekiranya anak-anak berdampingan dengannya. Bukan sombong dan mahu menjadi kera sumbang, sebaliknya bimbang sekiranya dikecewakan.

“Masa mula-mula kehilangan arwah suami, saya pernah rasai keperitan hidup. Saya alami tekanan perasaan yang hebat namun Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya hadapi kehidupan ini dengan kekuatan yang diberikan oleh anak-anak. Dari sehari ke sehari saya belajar menjadi seorang yang tabah.

“Terus-terang jika ada yang bertanya adakah saya hendak berkahwin lagi, saya belum terfikir ke arah itu kerana mahu fokuskan kepada ibu dan anak-anak dahulu. Hati saya belum terbuka lagi untuk lelaki lain tetapi macamana pun, saya tak nak cakap habis,” katanya kepada mStar Online.

Buat masa ini, dia belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya kerana bimbang sekiranya dia akan membuat perbandingan antara arwah suaminya dengan lelaki itu.

Apa-apa pun, dia hanya manusia biasa yang berserah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Tinggalkan sementara tentang jodoh kerana ada perkara lain yang lebih mengujakan Ziela sempena Hari Raya ini.

Ziela tidak sabar menantikan reaksi penonton tentang telefilem Kabus terbitan syarikat produksinya yang akan disiarkan pada 12 September ini, pukul 2.30 petang di Astro Oasis (saluran 106).

“Saya harap semua penonton akan menonton drama itu sebab ia menggabungkan pelakon terbaik Malaysia dan Asia yang berlakon di sebuah hutan di Taiping. Selain itu, garapan ceritanya sangat menarik dari segi teknik kamera dan pengarahan,” beritahunya penuh semangat.

Selain itu, dia pernah menerbit drama Ceplos, Geng Surau, Janji Kekasih dan telefilem Teh Tarik Kurang Manis.

Beralih kepada sambutan Hari Raya, aktres rupawan menerusi filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu itu berkata biarpun sederhana, kemeriahan tetap ada.

Pada Hari Raya pertama, dia dan anak-anak akan beraya bersama-sama ibu dan neneknya di Keramat, Kuala Lumpur serta menziarahi pusara suami. Ia adalah aktiviti wajib bagi mereka.

Sehari selepas itu pula mereka beraya bersama-sama bekas ibu mertuanya di Teluk Intan.

Hendak diikutkan, bukan pada Hari Raya sahaja Ziela dan anak-anak akan pulang ke Teluk Intan tetapi boleh dikatakan setiap bulan semenjak arwah tiada.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan